Jumaat, 17 April 2015

Hanya satu permintaan: Nak minta apa yea

Seperti cerita Aladdin yang diberi 3 permintaan bezanya kali ini kita hanya mempunyai satu permintaan sahaja yang boleh diminta. Agak-agaknya apa yang kita nak minta?

Rasanya mungkin kita akan minta tempoh bagi memikirkan secara mendalam akan apa yang nak dipinta. Yealah sebabnya hanya satu permintaan sahaja yang boleh diperolehi.

Mungkin ada yang akan minta kekayaan harta dan wang ringgit; tapi kalau kaya jika tak berbahagia dan tak sihat tak boleh juga. Duit banyak, tinggal di rumah banglo tapi hanya terlantar di katil, tak guna juga.

Mungkin ada yang minta diberi kesihatan yang baik; tapi kalau mempunyai tubuh badan yang sihat tapi hidup dalam kesusahan dan tanpa kebahagiaan tak boleh juga.

Mungkin juga boleh meminta supaya dipanjangkan umur sehingga 1,000 tahun; tapi kalau hidup selama itu hanya untuk melihat satu persatu insan yang disayangi pergi meninggalkan kita buat apa. Hanya kesunyian sahaja yang menemani diri. Jadi untuk apa jika dapat hidup sebegitu lama.

Jadinya, apa yang lebih baik untuk diminta jika kita hanya mempunyai satu peluang sahaja.?

Mungkin permintaan yang lebih baik adalah meminta untuk bahagia kerana dengan kebahagiaan itu menjadikan kita redha dengan apa yang kita miliki. Kita bahagia bila kita susah; tidak berduit dan berharta, kita bahagia bila kita sakit, kita bahagia dengan segala dugaan yang Allah beri.

Namun begitu sebagai hamba Allah, kita tak perlu memikirkan untuk satu permintaan, kita boleh minta semuanya dan akan diperkenankan dan dikabulkan permintaan kita sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Mukmin ayat 60 yang bermaksud: "Mintalah kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkannya."

Dalam surah Al Baqarah ayat 186, Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Dan jika hamba-Ku meminta kepada-Ku, ketahuilah bahawa Aku dekat, nescaya Aku akan mengabulkan permintaan orang-orang yang meminta jika mereka benar-benar meminta."

Oleh itu apa tunggu lagi jom kita minta dengan Allah bukan dengan satu permintaan tapi kita boleh minta semuanya, Insya Allah, Dia akan penuhi permintaan kita.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...