Isnin, 3 Mac 2014

Bubar saja FAM itu.....

Lagi nak cerita pasal Ultras Malaya bikin gempak di Stadium Selayang pada hari Sabtu lepas. Maaf la sebab masih tak habis-habis lagi nak cerita pasal perkara ni.

Aku baca banyak yang komen berkenaan perkara ni, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju pasal tindakan diorang yang menggangu perlawanan sehingga 10 minit kerana membaling suar dan bom asap di atas padang semalam.

Pada pendapat aku, tindakan mereka ni ada pro dan kontra. Ada benda yang mereka lakukan yang aku bersetuju sangat-sangat dan ada benda yang mereka buat yang aku tidak setuju. Namun yang pasti mereka hanya ingin menarik perhatian pihak tertentu di atas perkara yang mereka lakukan.

Perbuatan mereka sama seperti perhimpunan Bersih dan juga berbagai perhimpunan lagi yang diadakan di jalan raya yang mana niat utamanya hanya ingin menarik perhatian ramai.

Sebenarnya, semalam bukan kali pertama protes yang mereka lakukan. Sepanjang aku hadir di stadium menyokong pasukan Malaysia, telah banyak kali protes yang dilakukan namun tiada satu pun tindakan positif yang diambil oleh FAM.

Aku masih ingat lagi kali pertama Ultras Malaya ni buat hal, iaitu ketika di bawah kendalian Dato' K. Rajagobal. Ketika itu perlawanan dengan Singapura kalau tak silap aku yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan tersebut diakhiri dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya.

Selepas perlawanan tersebut, mereka ini telah berkumpul di tempat bas para pemain dan menyanyikan lagu 'Rajagopal apa yang kau buat'. Ini adalah kali pertama yang aku lihat Ultras Malaya bertindak sedemikian.

Kemudian beberapa perlawanan yang melibatkan Harimau Malaya selepas itu, Ultras Malaya juga ada melakukan protes, seperti perlawanan Malaysia menentang Bahrain di Stadium Shah Alam tempohari.

Dalam banyak-banyak protes mereka, semalamlah yang paling havoc dan terbaik. Aku rasa mungkin mereka sudah tidak tahan lagi melihat kepada tiadanya tindakan yang diambil di atas protes-protes mereka sebelum ini.

Firasat aku mengatakan jika tiada lagi tindakan oleh FAM dan ditakdirkan Malaysia kalah menentang Yaman pada 5hb Mac ni, aku rasa bantahan oleh Ultras Malaya semakin hebat..dan yang terbaik mereka boleh lakukan adalah memboikot setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia.

Apakah yang sebenarnya Ultras Malaya tuntut?

Mereka menuntut supaya Presiden FAM meletakkan jawatan kerana beliau telah memegang jawatan sebagai presiden terlalu lama iaitu selama 30 tahun.

Apa yang beliau bawa kepada kemajuan bola sepak Malaysia?

Sepanjang memegang jawatan tersebut beliau telah banyak membawa perubahan kepada bola sepak Malaysia. Itu sememangnya tidak dapat dinafikan, tetapi bagaimana pula dengan perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan?

Ini yang sebenarnya dipersoalkan oleh Ultras Malaya dan juga kebanyakan rakyat Malaysia. Dalam tempoh 30 tahun pentadbiran presiden FAM, ranking Malaysia yang terbaru dikeluarkan oleh FIFA, Malaysia berada di kedudukan ke 150 dunia, manakala di Asia pula Malaysia berada di kedudukan ke 29. Kejuaraan yang terbaru hanyalah memenangi Piala AFF pada 2010 dan sukan SEA pada 2011. Mungkin ada yang beranggapan apalah ada pada ranking tapi dengan apa lagi yang kita boleh ukur kekuatan sesuatu pasukan melainkan dengan ranking.

Jadi kalau mengikut perkiraan pencapaian skuad bola sepak Malaysia di persada dunia, ianya amat mengecewakan sekali dan ini mengambarkan betapa gagalnya skuad bola sepak Malaysia di bawah presiden ini. Disebabkan itulah dalam salah satu banner oleh Ultras Malaya di stadium semalam berbunyi 'Thank$ FAM 30 Tahun = Jahanam'.

Jika apa yang dibuat oleh Ultras semalam menyebabkan Presiden FAM tersedar daripada mimpi bahawa semua orang tidak sukakan beliau dan menyebabkan beliau mendapat ilham untuk melepaskan jawatan yang dipegang selama 30 tahun tersebut, maka siapakah akan menjawat jawatan yang dipegang oleh beliau?

Nama-nama yang disebut akan merebut jawatan Presiden FAM ialah Timbalan Presiden FAM sekarang iaitu Tengku Abdullah dan satu lagi nama yang sedang 'hot' sekarang kerana 'tragedi terowong Larkin' iaitu Tunku Ismail.

Aduhai, tak ada calon lain ke, selain daripada mereka berdua? Aku rasa orang yang paling layak memegang jawatan Presiden FAM ialah Tan Sri Annuar Musa kerana apa yang aku lihat kemampuan beliau dalam mentadbir pasukan bola sepak Kelantan sehingga menjadi pasukan yang disegani di Malaysia ini. Lagipun Tan Sri Annuar juga adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan juga bekas Menteri Belia dan Sukan suatu ketika dulu, tapi malangnya Tan Sri Annuar tidak dapat bertanding kerana sedang menjalani penggantungan akibat mengkritik pasukan kebangsaan di bawah Datuk Rajagopal dulu.

Jadi, SIAPAKAH yang sebenar-benarnya layak??






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...