Eh...macam ustaz pulak aku ni..kan!! Bukan begitu...aku hanya ingin berkongsi 5 perkara ini sebagai panduan buat diri aku juga. Apa salahnya kita berkongsi sesuatu yang baik...moga menjadi panduan buat kita semua.
Apa yang 5 perkara itu?
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Ibn Umar r.a. Rasulullah s.a.w bersabda, "manfaatkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain iaitu"
1. Masa muda sebelum masa tua
2. Sihat sebelum sakit
3. Kaya sebelum miskin
4. Masa lapang sebelum masa sibuk
5. Hidup sebelum mati
Cuba kita fikirkan....
1. "Masa Muda Sebelum Datangnya Hari Tua".
Dengan badan yang sengal-sengal dan banyak penyakit yang bersarang dalam tubuh...apa lagi yang kita boleh buat bila kita dah tua? Ada orang kata bila dah tua adalah masa untuk bertaubat dan masa untuk mendekatkan diri dengan Allah..tapi itu kalau sempat..kalau tak sempat.....? Ada juga orang kata yang muda hanya sekali. "Waktu inilah kita boleh buat apa saja...pergi disko, merempit, main perempuan dan sebagainya. Nanti bila dah tua...bertaubatlah...." Wah..macam tahu jer yang dia boleh hidup sampai tua....bukan ke ajal dan maut itu, ketentuan Allah...yang muda pun ada juga yang mati...
Jadi sewaktu mudalah kita pergunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai segala cita-cita, kejayaan, kebaikan dan sebagainya. Masa muda lah kita isi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.
2." Masa sihat sebelum sakit".
Ingat semasa waktu sihat, kita mampu lakukan apa saja...tidak terbatas suatu apa pun...tapi bila dah sakit, pergerakan pastinya akan terbatas dan terhad. Nak duduk lama-lama untuk berzikir dah tak boleh kerana kebas kaki, nak sembahyangpun terpaksa duduk dan sebagainya. Oleh itu gunakan waktu sihat yang dikurniakan Allah dengan sebaik mungkin.
3. "Kaya Sebelum Miskin".
Ketika kita berharta, inilah waktunya untuk kita banyak bersedekah dan beramal jariah. Gunakan anugerah Allah tersebut dengan sebaik mungkin dan memanfaatkannya di jalan yang diredhai. Jangan bila dah miskin baru nak bersedekah. Ada sesetengah daripada kita berkata, "kalau aku ada banyak duit, aku akan bantu dan tolong orang susah dan sakit" tapi sebenarnya tak perlu tunggu untuk menjadi kaya baru bersedekah..cukuplah bersedekah dengan mengikut kemampuan kita.
4. "Masa Lapang Sebelum Waktu Sibuk".
Disini kita dianjurkan untuk menghargai masa, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. Gunakan lah masa terluang kita dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Kita seringkali menggunakan alasan terlalu sibuk untuk melakukan sesuatu yang lain daripada kerja kita misalnya untuk melawat saudara mara dan sebagainya.
5. "Hidup Sebelum Saat Kematian".
Yang ke5 ini atau yang terakhir yang dipesan oleh junjungan kita Rasulullah s.a.w merupakan rangkuman daripada 4 yang di atas. Ketika kita diberi kehidupan di atas dunia ini sebenarnya kehidupan itu adalah kesempatan yang tiada duanya kerana kesempatan untuk bernafas di atas dunia ini tidak akan datang untuk kali keduanya. Oleh itu gunakan kesempatan ketika kita hidup yang sementara ini dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan