Gambar lama ketika bersama guru2 dan kawan2 |
Adat kehidupan adanya pertemuan dan perpisahan dan aku pasti korang semua pernah mengalaminya. Berpisah dengan kawan - kawan selepas tamat sekolah atau melanjutkan pelajaran kemudian dengan izin Allah, setelah beberapa tahun berjumpa kembali.
Itulah yang berlaku pada aku ketika pulang ke kampung ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Ikuti kisah ini......
Pertemuan Pertama
Pertemuan yang tidak disangka ketika ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Ketika itu hanya mata sahaja yang saling memandang, walau hati berdetik yang aku kenal 'mamak' ini yang sedang duduk di laman masjid namun hati masih berbelah bahagi kerana takut tersalah orang. Maklumlah dah hampir 26 tahun tak berjumpa dan masing-masing dah berubah daripada fizikal dan rupa. Dia juga begitu, takut untuk menegur aku dulu kerana risaukan salah orang.
Walau berubah, namun masih ada iras-iras yang masih ku kenal dan lantas menegurnya dan ternyata dialah kawan aku dulu ketika sama-sama belajar' abc', membilang 1,2,3... dan sama-sama belajar mengenal dunia. Tak sangka selepas 26 tahun, aku dapat berjumpa lagi dengan kawan aku dulu.......
Sebagai seorang yang tak aktif dalam FB, apa lagi yang boleh dikata, selain teruja dapat berjumpa dan bercakap dengan sahabat yang tak disangka-sangka. Banyak perkara yang dibualkan sehingga tak sedar yang masa amat cepat berlalu kerana azan telah dilaungkan dan pertemuan itu berakhir begitu sahaja tanpa sempat untuk mengambil nombor telefon dan sekeping gambar untuk kenang-kenangan .......
Dalam banyak-banyak perbualan, satu yang menyebabkan aku terharu apabila dia mengatakan yang selama ini dia mengikuti setiap blog aku...oh, sungguh terharu kawan, kerana aku tak menyangka yang kau ada membaca blog aku yang tak seberapa ini.......terima kasih tak terhingga kerana menyokong aku selama ini......(walaupun dalam diam).
Pertemuan Kedua
Pertemuan dengan rakan yang 26 tahun tak jumpa ini juga tanpa disangka, ketika memenuhi jemputan kenduri potong rambut di sebuah rumah kawan kepada adik aku, rupa-rupanya rumah tersebut juga adalah rumah keluarga kawan aku....
Ketika dia menegur aku, langsung aku tidak kenal siapakah gerangan wanita ini...Otak aku langsung tidak dapat mengagak siapakah gerangannya. Puas sudah aku berfikir, namun satu nama pun tak terlintas di benak aku ini......
Akhirnya, aku bertanyakan kepada adiknya siapakah nama wanita ini dan apabila adiknya menyebut nama kakak beliau, sungguh aku terkejut kerana dulunya rupa dan fizikal wanita ini tidak seperti sekarang. Rupa-rupanya sepanjang 26 tahun ini, begitu banyak yang berubah....Maaf ku pinta, kerana langsung tidak mengecammu kawan......
Darisudutpandang: Oh ya, lupa nak bagitau yang nama kawan aku itu adalah Isanuddin (Isamuddin..??) dan Aklima.
Sebenarnya ini bukan pertemuan yang pertama dengan kawan-kawan aku, sebelum ini aku pernah berjumpa dengan Fairus (maaf bro, sebab tak telefon ko ketika aku balik dan tak berkesempatan keluar lepak2...), Azman (rupa dan fizikalnya tetap kekal macam dulu....apa rahsianya bro..?), Zulkhairi (aku jumpa dia ketika BR1M hari tu, masih macho macam dulu...), Nazila (Terserempak dengan dia ketika sambutan hari raya di rumah YB Kemasik, hampir-hampir tidak mengenali beliau...), Che ku Zakhirah (aku nampak aje dia daripada jauh ketika aku ada urusan di pejabat tanah Klang...maaf kerana tak sempat untuk bertegur sapa...).
Buat kawan-kawan aku, yang sudi membaca blog aku ni....cubalah kita buat 'gathering',....dan ajak semua rakan-rakan kita dulu......semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanya, insya Allah.
Ada banyak gambar lama2 kah simpan? Mahu kembalikan semula keserian gambar tersebut seperti baharu tak?
BalasPadam