Rabu, 1 Januari 2014

Selamat datang 2014, selamat tinggal 2013

Subuh ini adalah subuh yang pertama untuk tahun 2014 dan artikel ini juga adalah artikel yang pertama untuk tahun 2014.

dari, sudut, pandang, tahun baru, 2014, 2013, cabaran, harga naik, tol
Alhamdulillah kerana aku masih bernafas dalam dunia ini. Berbagai suka dan duka telah aku lalui dalam tahun 2013 dan semoga pada tahun 2014 ini aku masih gagah dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini. Lebih-lebih lagi pada tahun ini dijangka berbagai kenaikan barangan, tol, minyak, elektrik dan tambang pengangkutan awam terpaksa aku lalui. Inilah nasib rakyat yang perlu dibayar dengan harga yang mahal kerana masih mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan.

Lupakan pasal politik sekejap kerana jika menulis topik ini , korang baca sampai esok pun takkan habis. Cuma apa yang aku nak nyatakan ialah "Hari ini kita marah kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak, elektrik, air, tol,  tambang pengangkutan awam, mengenakan GST dan sebagainya namun bila esok kerajaan memberi BRIM atau apa saja imbuhan, kita akan lupakan segala kesusahan yang kita tanggung selama ini, sebab itulah Barisan Nasional masih memerintah Malaysia ini setelah sekian lama."

Tahun ini bermakna hampir 2 tahun aku berblog, macam mimpi yang jadi kenyataan. Walaupun blog aku tidak sepopular seperti blog-blog yang lain namun setiap hari orang yang 'pageview' blog aku mencapai 1300 orang..Alhamdulillah. Terima kasih buat korang semua yang sudi mengunjungi blog aku dan menyokong aku selama ini. Dulu ketika aku memulakan blog ini, berbagai tanggapan yang bermain dalam minda aku seperti; "ada ke orang nak baca apa yang aku tulis?, mampu ke aku bertahan dalam menulis di blog atau berblog hanya hangat-hangat tahi ayam aje?" Tapi Alhamdulillah sehingga kini aku masih mampu bertahan walaupun bukan setiap hari aku 'mengupdate' blog aku ini dek kerana kesibukan dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Datangnya tahun baru bermakna bertambah lagi umur aku, bila bertambah umur bermakna kita semakin tua. Ini juga bermakna kita semakin hampir dengan kematian dan disebabkan itu pada tahun ini dan untuk tahun-tahun yang seterusnya aku berusaha, berjanji atau berazam untuk menjadi seorang hamba yang lebih dekat dengan sang pencipta, menjadi seorang ayah dan suami yang lebih baik, menjadi 'bos' yang lebih baik buat semua dan  menjadi 'blogger' yang lebih berertika. Juga pada tahun ini harapnya, Insya Allah aku mampu membeli kereta baru yang aku idamkan selama ini. (ada artikel yang aku tulis pasal kereta baru).

Tahun 2014, menurut kajian metafizik adalah tahun yang penuh dengan cabaran, ekonomi menurun, tahun kerja kuat manakala bagi tahun 2015 pula adalah tahun yang penuh tekanan. Walaupun begitu, hidup tetap perlu diteruskan walau perit sekalipun.

"Selamat datang 2014, selamat tinggal 2013, terima kasih Allah kerana telah mematangkan aku dengan segala cabaran, dugaan dan hikmah yang diberikan dan semoga ianya mampu memberi bekalan untuk aku mengharungi tahun ini dengan tabah dan sabar, Insya Allah."





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...