Sabtu, 22 September 2012

Sayang sampai mati

Saya akan sayang sampai mati adalah ungkapan yang diluahkan oleh seorang suami apabila diuji oleh Allah apabila isteri yang dikasihinya disahkan mengidap kanser tulang tahap empat kerana dia menyedari  yang ujian kesakitan dan kenikmatan adalah datangnya dari Allah Maha Pencinta yang ingin menguji iman hambaNya.

Suami tersebut yang bernama Abdul Hamid Alias yang juga pemandu teksi sanggup menjaga isteri yang sakit itu disamping perlu mengambil alih semua tanggungjawab menjaga anak, memasak, mengemas rumah termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya itu setiap hari.

Agak-agaknya lah berapa ramai suami yang macam ini yea?

Seperti kata Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, seorang penceramah bebas ketika mengulas ketabahan suami tersebut mengatakan " jarang kita berjumpa dengan suami yang setabah ini. Kebiasaannya ramai suami yang mengambil kesempatan untuk membiarkan isteri yang sakit terlantar tanpa penjagaan."

"Untuk mengetahui sama ada pasangan kita setia ataupun sebaliknya carilah yang ada agama kerana siapa yang pilih selain agama dia akan kecewa dalam hidup. Kalau kita pilih pasangan yang ada agama, kita tak akan menyesal, selain dia tak akan lari dan berkahwin lain," katanya lagi.

Menurutnya lagi, sesiapa saja yang diuji Allah perlu bersabar serta beristiqamah, selain percaya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

"Beruntung pada mereka yang diuji Allah. Pertamanya ganjaran terhapus dosa dan keduanya Allah janjikan syurga pada orang yang sabar dalam menanggung ujian Allah". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...