Assalamulaikum dan salam sejahtera
Untuk makluman semua setiap 13 haribulan Mei setiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Ibu tapi kita sebagai umat islam perlu memahami bahawa sambutan itu adalah semperna hari Mother of Church.
Emak, ibu, ummi, mama atau apa saja panggilan atau gelaran yang kita panggil kepada seorang perempuan yang telah melahirkan kita adalah satu gelaran atau panggilan yang amat bermakna bagi kita. Kali ini aku nak berkongsi dari sudut pandang aku tentang perempuan yang begitu beerti pada diri kita ini.
Kadang-kadang kita tidak pernah terfikir yang betapa bertuahnya kita yang masih mempunyai seorang ibu di dunia ini kerana kita tak memahami tentang kehilangan tetapi percayalah jika kita sudah kehilangan ibu baru kita tahu betapa insan ini lah yang menjadi sumber kekuatan kita selama ini.
Dialah yang melahirkan kita, yang mengenyangkan kita dengan susunya, yang menjaga kita semasa sakt dan dialah yang akan memastikan anak-anaknya kenyang dengan masakannya. Bagi aku insan ini terlalu banyak pengorbanannya dan jika ingin dinyatakan disini pasti ianya tak akan habis. Walaupun ada juga golongan ibu yang sanggup membuang dan membunuh anaknya tapi ini hanyalah segelintir sahaja.
Aku kadang-kadang menjadi sedih kerana masih ada antara kita yang tidak menyayangi dan mengasihi ibunya..dengan meninggalkan mereka di rumah-rumah kebajikan dan melayan mereka seperti yang tidak sepatutnya. Seperti yang pernah kita baca di dada-dada akhbar akhir-akhir ini. Ingatlah Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

(QS. Al-Israa: 23-24)
Untuk makluman semua setiap 13 haribulan Mei setiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Ibu tapi kita sebagai umat islam perlu memahami bahawa sambutan itu adalah semperna hari Mother of Church.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang membawa maksud:
"Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.Para sahabat nabi bertanya: Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani? Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi"? (Hadis riwayat Abu Said al Khudri )
Bagi aku memuliakan ibu adalah dituntut bukan setahun sekali tapi setiap masa dan saatnya. Menghormati ibu, berkhidmat kepadanya, menuntut keredhaannya serta berbuat kebaikan adalah dituntut dengan tuntutan yang pasti sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran seperti didalam surah Al-Israa diatas dan hadis-hadis Nabi.
Adalah malang bagi kita sekiranya ucapan "saya sayang emak", "Terima kasih emak" dan sebagainya serta memberi hadiah atau penghargaan kepada ibu atau memberi ciuman kepada ibu dilakukan hanya setahun sekali Janganlah kita mengikut adat atau perayaan golongan Yahudi dan Nasrani ini kerana perayaan yang mereka anjurkan sebenarnya adalah untuk keagamaan mereka.
Renung-renungkan lah.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan