Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini adalah sehari selepas perhimpunan bersih 3.0 Duduk Bantah yang diadakan di Dataran Merdeka. Apakah bersih itu? Bersih adalah Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. Apakah tuntutan Bersih? Antara yang dituntut oleh Bersih :-
1) Bersihkan senarai undi
3) Gunakan dakwat kekal
4) Akses media bebas dan adil
5) Masa kempen minima 21 hari
6) Kukuhkan institusi awam
7) Hentikan rasuah
8) Hentikan politik kotor.
Ini adalah yang dituntut oleh Bersih sepertimana yang didakwa bahawa permintaan mereka untuk membawa perkara ini untuk dibahaskan didalam Parlimen telah ditolak.
Bagi sudut pandangan akulah ada perkara yang diminta oleh mereka telah dipenuhi oleh SPR atau pihak kerajaan dan ada yang aku rasa pihak SPR atau kerajaan perlu memikirkan untuk penambahbaikan...dan ada juga yang aku rasa pihak SPR dan kerajaan perlu terbuka misalnya berkenaan dengan hari kempen dan akses media yang lebih adil.
Sebenarnya antara permintaan Bersih ini yang aku amat bersetuju untuk diberi penambahbaikan adalah akses media yang bebas dan adil dan masa kempen minima selama 21 hari. Tuntutan yang lain bagi aku tidaklah menjadi satu keperluan yang mendesak kerana tanpa perubahanpun dalam tuntutan yang lainpun pihak pembangkang telah memenangi 5buah negeri pada PRU12 yang lalu.
Sebenarnya antara permintaan Bersih ini yang aku amat bersetuju untuk diberi penambahbaikan adalah akses media yang bebas dan adil dan masa kempen minima selama 21 hari. Tuntutan yang lain bagi aku tidaklah menjadi satu keperluan yang mendesak kerana tanpa perubahanpun dalam tuntutan yang lainpun pihak pembangkang telah memenangi 5buah negeri pada PRU12 yang lalu.
Aku bersetuju berkenaan dengan perkara empat(4) dan lima(5) dalam permintaan mereka kerana dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang ada dipihak Barisan Nasional (BN) berbanding dengan pihak pembangkang (PR) adalah tidak adil jika kempen ditetapkan selama 10 hari sahaja. Ini adalah kerana pihak BN boleh menggunakan segala macam kemudahan ..iaitu menggunakan RTM sebagai alat propanganda kempen serta surat khabar arus perdana.
Aku merasa begitu kasihan kepada pihak pembangkang ini kerana mereka tidak mendapat layanan yang adil daripada media massa baik elektronik mahupun bercetak. Yang disiarkan adalah perkara-perkara yang buruk sahaja..yang ingin menjatuhkan maruah pihak pembangkang. Adalah lebih adil jika mereka mendapat layanan yang saksama dari pihak media... dan itulah namanya demokrasi. Jika diikutkan berita dan maklumat yang disampaikan baik dalam percakapan atau penulisan yang tertera hanyalah kegagalan pihak pembangkang memerintah negeri-negeri yang telah dimenangi mereka..sehingga aku tertanya takkan dalam pihak pembangkang tak ada seorangpun bijak pandai yang boleh mengurus negeri dan aku percaya Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah calang-calang Menteri Besar...yang dikatakan seorang yang gagal.
Setelah sehari berlakunya perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah ini akhirnya aku terkesima lagi kerana perkara yang berlaku pada Bersih 2.0 akhirnya berlaku lagi. Aku ingatkan bila dikatakan Duduk Bantah..adalah duduk secara beramai-ramai dalam kumpulan bukannya berarak dijalanraya dan melakukan kekecohan (walaupun aku tidak pasti siapa yang mulakan dulu). Akhirnya yang mendapat malu adalah negara kita..pada pandangan negara luar.
Bagi aku, walaupun aku menyokong tuntutan Bersih ini tetapi janganlah sehingga merusuh dan merosakkan harta benda awam...dan akhirnya Bersih bukan lagi bersih pada hakikatnya. Bagi akulah jika betul kerajaan ini sudah berjalan senget maka kita tahu apa yang perlu dilakukan pada pilihanraya nanti dan tak perlulah turun ke jalan raya berdemontrasi..kerana pada PRU12 pun tiadanya perhimpunan Bersih pihak pembangkang berjaya juga merampas 5 buah negeri (sekarang 4) + satu persekutuan. Jadi sama-samalah kita fikirkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan