Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila aku terbaca artikel ini didalam suratkhabar Berita Harian yang bertarikh 11 Mei 2012...terasa geli hati betul aku....bukan apa...macamana dia orang boleh terfikir nak buat perkara ini sebagai bantahan kepada Pengerusi BERSIH iaitu Datuk S Ambiga sebab masa BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 tak lah terfikir pulak mereka nak buat macam ini.
Tambah kapsyen |
Buat masa ini hanya seorang peniaga yang berniaga burger didepan rumah beliau sebagai bantahan keatas kerugian yang dialami oleh peniaga di ibu kota akibat perhimpunan 28 April lalu. Mengikut akhbar Berita Harian itu lagi, pihak Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang mewakili para peniaga di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) bahawa mereka memberi tempoh sehingga dua minggu kepada Ambiga untuk membayar kerugian sebanyak RM200,000.00. ketika BERSIH 3.0 dan jika Ambiga gagal berbuat demikian maka lebih banyak gerai akan dibuka didepan rumah Pengerusi BERSIH ini.
Aku difahamkan bahawa peniaga-peniaga ini adalah peniaga pasar malam di Jalan TAR dan jika betullah seperti yang dikatakan oleh IKHLAS bahawa jika Ambiga tidak membayar tuntutan mereka maka akan lebih ramai peniaga akan berniaga didepan rumah Ambiga....maka aku pun cuba bayangkan...didepan rumah Ambiga ada bermacam-macam gerai yang menjual bermacam-macam jualan.....fuh mesti 'havoc gila' tempat itu.....
Aku tertarik dengan kata-kata Datuk S Ambiga bahawa beliau kecewa dan marah terhadap tindakan peniaga ini yang berniaga di depan rumahnya sehingga mengganggu ketenteraman jiran dan sekitar kawasan perumahannya dan jika ada tuntutan perlulah dibawa ke mahkamah bukan dengan berniaga di depan rumahnya...tapi adakah selama ini Datuk S Ambiga memikirkan perasaan marah, benci dan geram para peniaga ini yang tidak dapat berniaga pada hari tersebut sehingga mengganggu pendapatan mereka.....entahlah.....akupun tidak tahu.
Renung-renungkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan