Rabu, 10 Julai 2013

Diculik, dikurung, diliwat dan dirogol

Diculik, dikurung, diliwat dan dirogol. Itulah nasib seorang pelancong daripada China ketika berjalan seorang diri pada pukul 5 pagi di Jalan Gelang, Pudu.

dari, sudut, pandang, dirogol, diliwat, diculik, dipukul, dibelasah, dikurung, wanita, pelancong, ChinaBeliau yang bernasib baik kerana dapat melepaskan diri daripada kurungan 3 orang lelaki di sebuah hotel di Damansara Perdana apabila lelaki-lelaki tersebut sedang tidur kerana keletihan.

Mangsa yang berumur 33 tahun menceritakan yang dia telah dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh 3 orang lelaki dan dibelasah serta diperlakukan seperti binatang ketika menjadi tawanan kumpulan lelaki berkenaan selama beberapa jam.

Beliau yang berjaya melepaskan diri kemudiannya melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Daerah Petaling Jaya.

Darisudutpandang: Tak kira sesiapa, keselamatan diri perlu diutamakan. Sekarang ini terlalu banyak kes-kes yang seperti ini berlaku walaupun pihak yang berkenaan mengatakan kes-kes jenayah menunjukkan penurunan. Penurunan apa agaknya kalau setiap hari ada berita yang melaporkan kejadian seperti ini. Dikhabarkan terdapat 6 kes rogol yang berlaku setiap hari di Malaysia ini.

Ahad, 7 Julai 2013

Atlet perempuan di rogol ketika menyertai SUKMA 2013

Akibat ingin melepaskan rasa kekecewaan akibat pasukan bola baling yang dianggotainya dalam Sukan Malaysia (SUKMA 2013) yang kalah, beliau akhirnya telah dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet bola baling lelaki.

dari, sudut, pandang, rogol, atlet, sukmaAtlet tersebut yang berusia 19 tahun dikatakan meminum minuman keras bersama-sama atlet lelaki bola baling disebuah gelanggang bola kerajang, sebelum dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa atlet lelaki berkenaan.

Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya secara bergilir-gilir bersama rakannya.

Dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan berikutan itu 3 atlet telah ditahan untuk membantu siasatan.

Kejadian ini berlaku di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada rabu lalu.

Darisudutpandang: Siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam hal ini? Terdapat 2 kesalahan iaitu meminum arak di gelanggang bola kerajang dan kes rogol. Harap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat menyiasat mengapa arak boleh di bawa ke dalam perkampungan sukan.???

Sabtu, 6 Julai 2013

Hukumnya haram tapi kalau sudah ketagih peduli apa

Baru-baru ini Majlis Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan, menghisap shisha dan menjualnya adalah haram bagi semua penganut agama Islam. Disusuli pula oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka yang memutuskan perkara yang sama. Beberapa negeri juga dijangka mengikuti pengharaman ini. Mungkinkah Majlis Fatwa Kebangsaan juga akan mengambil pendekatan yang sama seperti mereka mengharamkan rokok sebelum ini? Bagaimana pula dengan e-rokok? Sepatutnya ianya juga perlu diharamkan.

dari, sudut, pandang, shisha, haram, rokok, fatwa, ketagih, pandangan, e-rokok
Keburukan menghisap shisha adalah lebih teruk daripada keburukan menghisap rokok yang juga telah diharamkan sebelum ini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Sila rujuk keputusan Majlis Fatwa di sini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau yang lain. Penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga 1 liter. Mereka yang menghisap rokok pula selalunya menyedut sebanyak 8 hingga 12 kali dan mengambil masa hanya 5 minit hingga 7 minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

Persoalannya adalah dengan pengistiharan oleh Majlis Fatwa berhubung pengharaman ini, adakah ia mampu mengubah pengguna terutama dalam masyarakat Islam yang sudah ketagih? Sepertimana yang kita maklum, sebelum ini juga Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan rokok pada 23 Mac 1995 tapi kesan pada masyarakat islam tidak berubah bahkan semakin bertambah penggunaannya.

Inilah yang dikatakan kalau sudah ketagih, hukumnya haram pun tolak ketepi, yang penting lepaskan dulu ketagihan dan kekhayalan. Pedulilah dengan apa yang orang kata. Tolak ketepi segala fatwa dan hukumnya serta akibat kepada kesihatan tubuh badan serta orang-orang disekeliling. Walaupun sudah banyak kempen-kempen daripada pihak kerajaan mahupun swasta sehingga sanggup mewajibkan setiap kotak rokok memaparkan kesan daripada merokok namun ianya langsung tidak memberi kesan.

Pihak kerajaan juga telah meluaskan kawasan larangan merokok namun itu semua hanya sebagai hiasan di atas kertas dan sebagai mengisi agenda di Parlimen sahaja. Orang ramai masih kelihatan merokok dikawasan yang diwartakan sebagai larangan merokok seperti di lapangan terbang, kompleks membeli belah, sekolah, stadium, restoran dan sebagainya walaupun disesetengah tempat adalah tempat yang berhawa dingin.

Peraturan dan hukuman tidak mampu untuk mendidik para perokok untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerana tiadanya penguatkuasaan daripada badan yang berwajib. Apalah yang ada pada undang-undang jika operasi penguatkuasaan hanya dilakukan sekali sekala sahaja.

Bagi yang beragama Islam, jika fatwa yang dikeluarkan adalah haram bagi menghisap rokok dan shisha boleh ditolak ketepi, inikan pula denda yang boleh dibayar dengan wang ringgit akibat merokok di tempat awam.

Tidak pernah lagi kita dengar pihak Majlis Agama Islam membuat tangkapan kepada orang islam yang menghisap rokok ini walaupun telah difatwakan haram sejak tahun 1995 lagi. Yang kita dengar adalah tangkapan kepada penganut Islam yang  meminum arak, membeli nombor ekor 4D, dan berkhalwat.

Mungkin perokok-perokok yang beragama Islam ini kurang memahami akan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa ini kerana beranggapan hukum haram itu tidak sama dengan hukum haram bagi memakan daging babi, meminum arak dan berjudi. Walau apapun alasan mereka, tepuk dada tanyalah iman.


Nak minum susu badan sila bayar RM13,000

Pelik, pelik. Ingatkan susu badan hanya untuk bayi sahaja yang mereka jual tapi untuk orang dewasa yang inginkan meminum susu badanpun mereka jual juga.

Ini cerita dari negara China, ganjil sungguhlah dia orang ni. Bacalah kisah selanjutnya:

dari, sudut, pandang, buah dada, payudara, susu badan, susu, hisap, jual susu, minumGolongan kaya di China menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan susu badan hingga mendorong wanita untuk menjadi ibu susuan.

Perkembangan ganjil itu menyaksikan peningkatan orang dewasa membeli susu badan atau meminumnya terus dari ibu susuan atau selepas ia diperah.

Laporan perkhidmatan itu mencetuskan kemarahan di China dengan puluhan ribu menyelarnya dalam laman web Sino Weibo.

Sebuah agensi pembantu rumah menawarkan khidmat ibu susuan untuk kanak-kanak baru lahir, pesakit atau sesiapa yang sanggup membayar 16 ribu yuan (RM13 ribu) sebulan.

Kebanyakan pelanggan mengatakan yang mereka memerlukan nutrisi yang terkandung dalam susu itu.

"Pelanggan dewasa boleh meminumnya seperti bayi atau dari pam payu dara jika mereka malu"

Darisudutpandang: Bisnes macam ni tak ada ker kat Malaysia?


Jumaat, 5 Julai 2013

Shah Jaszle 'buaya' terunggul

Pelakon yang telah menimbulkan kontroversi kerana telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita baru-baru ini, iaitu Shah Jaszle telah digelar sebagai seorang 'buaya' kerana banyak teman wanita.

dari, sudut, pandang, tangkap, khalwat, basah, Maria Farida, Shah Jaszle, Apartment Sri Subang, FarahItu yang dikatakan oleh salah seorang bekas teman wanitanya iaitu Maria Farida. Dia tidak terkejut dengan perkhabaran yang mengatakan Shah Jaszle telah ditangkap basah dengan wanita yang bernama Farah dan segala cerita-cerita yang tersebar selepas itu yang mengakibatkan pertunangan Shah Jaszle dengan Redzwani telah diputuskan.

"Saya sebenarnya kasihan terhadap tunangnya yang mendapat 'buaya' macam itu, selepas seorang, seorang dia perdayakan. Sebenarnya saya malas dan tak nak ambil tahu lagi pasal hidup dia." kata Maria Farida.

Shah atau nama sebenarnya Mohamad Shahrizal Jaszle Jasmin dan Maria pernah bercinta sebelum ini dan putus di sekitar tahun 2011. Selepas itu Shah Jaszle dikatakan pernah bercinta pula dengan pelakon muda Miera Liyana.

Pada 16 Mei lalu, aktor yang berusia 25 tahun itu telah ditangkap basah oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Apartment Sri Subang.

Isnin, 1 Julai 2013

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Sepanyol


Pada perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013 yang berlangsung di Stadium Maracana, Brazil pada pagi ini, Pasukan Brazil membuktikan yang mereka masih lagi berbisa dan kuat dengan menundukkan Sepanyol dengan 3-0.

Fred, telah menjaringkan gol di awal minit ke-2, sebelum ditambah menjadi 2-0 selepas jaringan Neymar sebelum separuh masa pertama tamat.

Fred menambah gol peribadinya yang kedua dan yang ketiga bagi Brazil selepas separuh masa kedua disambung.

Gerard Pique dibuang padang dan sepakan penalti oleh Ramos yang melambung menambah kepincangan Sepanyol pada perlawanan tersebut.

Tanda-tanda awal sakit jantung

Dulunya sakit jantung dikatakan adalah penyakit untuk orang-orang kaya sahaja, tetapi pada masa kini sesiapa sahaja boleh terkena dengan penyakit ini. Ini kerana taraf hidup dan sosio ekonomi yang berubah menyebabkan penyakit ini menjadi suatu penyakit yang biasa dihadapi oleh masyarakat.

Sakit jantung juga menjadi salah satu penyakit yang dipanggil 'silent killer' akhir-akhir ini. Kalau kita lihat banyak kejadian kematian melibatkan serangan jantung ini.

dari, sudut, pandang, sakit, jantung, tanda, awalSebelum ianya menjadi parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal. Untuk mengetahui apakah tanda-tanda awal penyakit jantung itu, sila baca selanjutnya:

1. Sakit dada

Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar bernafas

Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan sesak nafas juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang selera makan

Ia disebabkan oleh pengumpulan  cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang boleh mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering rasa penat dan lelah

Rasa lesu, penat dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap buang air kecil

Intensiti buang air kecil yang kerap juga menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.




10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...