Jumaat, 13 Julai 2012

Karenah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)



Artikel aku kali ini tentang karenah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Aku tak mahu 'highlight' kan PBT mana...tapi kalau siapa yang makan cili tu....tau-taulah sendiri rasanya.

Aku rasa bukan aku saja yang pernah mengalami masalah seperti ini, aku rasa banyak orang yang menghadapi karenah-karenah orang 'gomen' ini.

Artikel aku ini bukan untuk menjatuhkan nama PBT tersebut tapi sekadar untuk meluahkan perasaan betapa slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' hanya retorik orang politik sahaja. Kakitangan kerajaan tak mahu mengadaptasi pun dalam segi mutu kerja.

Okey, aku tak mahu melalut lebih lama. Jadi aku nak start bercerita.........

Ceritanya macam ini....

Pada dua hari yang lepas, aku pergilah ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur untuk mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan syarat-syarat pembangunan di tempat dibawah penyeliaannya.

Sebenarnya aku malas nak pergi ke tempat ini tapi memandangkan bos aku dah banyak kali melalak kat aku, jadi dengan berat hati terpaksalah aku pergi (Kalau tak pergi kan nanti dia pecat aku...susah pulaknya nanti).

Bila aku sampai aje kat bangunan dia, macam biasalah kena pergi ke kaunter untuk ambil pas. Lalu aku tanyalah kat kaunter tu kalau nak check berkenaan dengan syarat-syarat pembangunan di kawasan ini, perlu ke tingkat berapa? Lalu petugas kaunter tu kata, aku kena pergi ke tingkat 10.

Lalu aku naik lift dan pergi ke tingkat 10. Bila aku sampai kat situ, kena tekan loceng dan tunggu pegawai datang. Bila pegawai datang dia tanya aku nak apa, jadi aku bagitau nak tanya berkenaan dengan syarat pembangunan tanah dan nak jumpa pegawai yang incharge kawasan ini.... Dia kata "Sayalah yang incharge kawasan ini tapi maklumat yang encik nak, encik kena pergi ke tingkat 13"

Nak ke tingkat 13, aku terpaksa naik tangga ke tingkat 11 dan tekan lift (sebab lift untuk ke tingkat 13 tak boleh naik ditingkat 10).

Bila lift sampai lalu aku tekan butang untuk ke tingkat 13, bila aku sampai di tingkat 13, macam biasa kena tekan loceng dan tunggu pegawai datang. Bila pegawai datang dan aku tanya soalan yang sama dia kata "oh encik, ini encik kena check di tingkat 12"

Dengan sopannya aku kata "terima kasih" (walau hati dah berbakul-bakul maki kat pegawai yang awal-awal tadi aku jumpa). Lalu aku turunlah melalui tangga untuk ke tingkat 12 (hati dah bengang gila ini, tapi aku cuba bersabar dan berikhtifar banyak-banyak)

Bila sampai di tingkat 12 aku pun masuk dan tekan loceng. Datang pegawai tanya aku untuk apa dan aku teranglah tujuan aku. Lalu pegawai itu panggil seorang pegawai lain untuk memberi penerangan berkenaan dengan maklumat yang aku nak.

So, betullah tingkat 12 ini yang boleh bagi jawapan berkenaan dengan persoalan aku...tapi dalam banyak-banyak soalan ada satu soalan yang dia tak boleh jawab. Dia kata aku kena refer kat tingkat 10 jadi okey lah nanti aku turun, aku akan singgah di tingkat 10 untuk dapatkan jawapan itu.

Bila aku dah berpuashati dengan maklumat-maklumat yang diberikan maka akupun naik lift untuk ke tingkat 10.

Bila sampai, aku tekan loceng dan muncullah pegawai yang aku jumpa awal-awal tadi. Bila aku tanya soalan itu dia kata "oh encik, saya tak tahu. Kalau encik nak maklumat tersebut, encik kena pergi ke tingkat 14. Saya tak boleh layan encik sebab saya sibuk, banyak kerja lain saya nak buat"

Aduih.....bengang betul aku dengan jawapan dia. Nak aje aku maki kat situ jugak...tapi aku sabar....dengan sopan aku menerangkan yang aku dah pergi ke tingkat 14 tapi dia orang suruh aku refer di tingkat 10.

Bila dia dengar aje aku jawab macam itu, terus dia bagi aku maklumat yang aku tanya awal-awal tadi...tapi siap kata, dia banyak sibuk dan terus tinggalkan aku sorang-sorang kat kaunter.......

Sebenarnya pengalaman jadi seperti bola, disepak ke sana sini dah banyak kali aku alami bila aku berurusan di PBT ini. Aku sampai sekarang tak tahu ditingkat berapa sebenarnya aku boleh dapatkan semua maklumat tanpa perlu dirujuk ke lain-lain tingkat.
  .
P/S: Aku harap di PBT ini hanya ada seorang pegawai ditingkat 10 aje yang berperangai macam itu.
Kepada Datuk Bandar yang baru tolonglah pantau sikit kakitangan bawahan serta selamilah dan adaptasi lah aspirasi Perdana Menteri untuk memberi servis yang terbaik untuk rakyat.

Aku rasa karenah birokrasi ini bukan hanya berlaku di PBT ini saja tapi mungkin dibanyak Jabatan Kerajaan juga berlaku. Kalau anda pernah terkena silalah komen yea....



Rabu, 11 Julai 2012

Isteri buat 'projek' di ruang tamu

Dalam usaha untuk menutup kecurangannya, seorang isteri sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dia dirogol apabila teman lelakinya berjaya ditahan dan dipukul suaminya dalam satu kejadian di kuarters ladang di Pagoh, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, wanita berusia 38 tahun berkenaan dikatakan membawa masuk teman lelakinya yang juga warga asing ke dalam rumahnya, sedangkan suaminya yang berusia 30-an sedang tidur lena di dalam bilik rumah yang sama.

Bagaimanapun ketika mereka sedang melakukan perkara terkutuk itu di ruang tamu, anak perempuan wanita tersebut yang berusia sembilan tahun tiba-tiba keluar dari biliknya untuk ke tandas sebelum terkejut menyaksikan aksi antara ibunya dengan lelaki tersebut.

Berikutan itu, kanak-kanak itu menjerit dan mengejutkan bapanya yang tidur di dalam bilik.

Akibatnya, lelaki itu bergegas melarikan diri ke asramanya, namun dikejar suami wanita tersebut.

Dia ditangkap dan dibelasah suami wanita itu serta beberapa pekerja asing lain di kuarters sama.

Kemudiannya, suami tersebut telah membawa isterinya ke balai polis untuk membuat laporan tanpa mengetahui kejadian yang sebenar.

Difahamkan, wanita itu kemudannya dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut dan pemeriksaan mendapati tiada kecederaan bagi mempertahankan diri dikesan pada tubuh wanita itu untuk menyokong tuduhan rogol yang dibuat ke atas teman lelakinya.

sumber :metro

P/S : Bila nafsu sudah menguasai diri, tidak tahu membezakan yang halal dengan yang haram.

Teringat aku tentang kisah Zulaikha dengan Nabi Yusuf. Bila Nabi Yusof tidak melayan godaan Zulaikha maka diapun membuat tuduhan yang Nabi Yusof cuba membuat perkara tidak baik pada dirinya, tapi sayangnya baju yang terkoyak adalah baju Nabi Yusof bukannya Zulaikha.......
(apa kaitannya dengan kejadian di atas ya.......??)

Artikel 88 FAM tidak digubal

Artikel 88 terus relevan dalam statut perlembagaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat masa ini apabila badan induk bola sepak itu belum bersedia untuk menggubal statut itu pada Kongres Tahunan FAM ke-48 2010 dan 2011 baru-baru ini.

Apakah itu Artikel 88? Artikel 88 adalah peraturan 2010-2014 FAM, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.

Ini bermakna Artikel 88 adalah satu peraturan yang menghalang setiap ahli gabungan FAM dari bersuara secara bebas.

Sebelum ini, pada Mesyuarat Exco FAM memutuskan mahu membentangkan Artikel 88 pada kongres FAM tetapi perkara itu nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Alasan yang diberikan adalah Artikel 88 masih perlu dikaji dengan teliti sebelum dibentangkan.

Artikel 88 menjadi perbualan hangat selepas Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa digantung dua tahun enam bulan atas alasan melanggar peraturan kerana membuat kritikan secara terbuka kepada skuad kebangsaan April lalu.

Ada pihak mendesak supaya statut itu dipinda dan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan untuk mengkajinya semula.

P/S: Darisudutpandang mengharapkan undang-undang yang menyekat kebebasan perlu dihapuskan dan darisudutpandang juga mengharapkan agar ada dikalangan ahli kongres atau siapa saja yang menjadi ahli gabungan FAM berani mengusulkan supaya Artikel 88 ini dibubarkan.

Selasa, 10 Julai 2012

Giliran Rozaimi dipancing kelab luar


Di sebalik kegagalan skuad muda Malaysia untuk meraih slot ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) tahun depan, ada perkhabaran gembira buat pemain muda negara, Rozaimi Abdul Rahman yang mendapat tawaran rasmi untuk menyertai kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.

Rozaimi yang berusia 19 tahun adalah penjaring terbanyak dengan ledakan 10 gol pada kempen kelayakan kejohanan yang diadakan di Yangoon, Myanmar, telah berjaya memikat BEC Tero Sasana yang juga bekas naib juara kejohanan Liga Juara-Juara Asia pada 2002.
Menurut sumber yang menerima surat tawaran rasmi dari BEC Tero Sasana pada 26 Jun lalu berkata, Rozaimi ditawarkan untuk menjalani ujian percubaan selama sebulan sebelum mendapat kontrak tetap.

"Kami menerima surat tawaran rasmi BEC Tero Sasana yang begitu berminat dengan Rozaimi apabila mereka melihat aksinya pada pusingan kelayakan Piala Asia di Yangon".

"Mereka sanggup menanggung semua kos dan elaun sepanjang Rozaimi menjalani ujian percubaan dengan kelab itu. Bagi saya ujian percubaan itu hanyalah prosedur biasa yang perlu dilalui Rozaimi kerana secara dasarnya kelab itu memang mahu mengambil dia sebagai pemain tetap".

"Bagi saya ini peluang terbaik buat Rozaimi kerana jarang pemain Malaysia mendapat tawaran bermain di Thailand. Biarpun hanya di Thailand tapi kita semua tahu liga mereka berada di ranking lebih bail berbanding Malaysia dan kelab BEC Tero Sasana adalah kelab profesional yang mempunyai reputasi baik di sana,"

"Kami sudah menghubungi FAM Jumaat lalu untuk meminta bantuan bagi menjalankan rundingan dengan SAFA tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas. Bagi pihak BEC Tero Sasana, mereka mahu Rozaimi menjalani ujian itu secepat mungkin"

Rozaimi yang dipanggil oleh jurulatih Ong Kim Swee mencipta sensasi di Yangon dengan menjaringkan empat gol ketika Malaysia membenam Filipina 7-0 dan dua gol ketika menewaskan Taiwan 4-2.

Pemain tengah menyerang kelahiran Bongawan, Sabah itu kemudian meledak hatrik untuk menumpaskan Vietnam 3-0 namun gagal membantu Malaysia meraih slot ke pusingan akhir biarpun menjaringkan satu gol ketika tumpas 1-2 di tangan Myammar.

Peningkatan mendadak Rozaimi membuatkan beliau akan mengikuti jejak rakan sepasukannya, Najmi Faiz Mansor yang bermain di luar negara.
Sumber: Metro




All about muslim??





Aku nak kongsikan di sini dari ruangan facebook yang telah dihantar oleh Cikgu Shah.

Aku bersetuju benar dengan kenyataan di atas. Setiap pengeboman dan pembunuhan yang berlaku disesebuah negara pasti ianya akan dikaitkan dengan Al-Qaeda atau pengganas islam. Tolong jangan double standard..........

Apa pandangan ada? Sila berikan komen........

Orang mengamuk di Putrajaya

Seorang lelaki bernama Khalil Afandi Abdul Hamid, 47 dan pasangannnya bernama Muhdalina Ahmad 28, mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.

Pasangan Mengamuk Di JPM PutrajayaDalam kejadian jam 2.30 petang itu, seorang daripada suspek turut meetakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta yang diletakan diperkarangan bangunan.

Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das tembakan terkena tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki yang menyebabkan kematian, manakala satu das tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu yang kini dirawat di hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

Dikatakan lelaki dan wanita tersebut telah berumah tangga dengan pasangan masing-masing yang mana lelaki tersebut telah mempunyai seorang anak manakal wanita tersebut yang juga bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai dua orang anak.

Khalil Afandi yang berasal dari Petaling Jaya manakala Muhdalina dari Kota Damansara. Mereka dikatakan baru berkenalan selama seminggu di internet.

Isnin, 9 Julai 2012

Isteri hamil luar nikah, adik ipar ditiduri



Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain sehingga mengandung luar nikah manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik iparnya dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah projek perumahan termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar.

SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips 
di Kangar, selepas diambil keterangan.Lelaki yang berusia 39 tahun, bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain yang berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Dua pasangan yang tinggal serumah dimana si suami tinggal dalam sebuah bilik bersama dengan adik iparnya yang berusia 18 tahun. Manakala isterinya yang berusia 25 tahun tinggal bersama dengan lelaki lain disebuah bilik berlainan.

Pasangan suami isteri itu mempunyai dua orang anak dan telah bercerai pada bulan Mac yang lalu.

Isteri dan teman lelakinya disiasat mengikut Seksyen 15 dan Seksyen 46 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 kerana hamil luar nikah dan bersubahat menghamilkan wanita itu manakala suami dan adik iparnya disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) enakmen sama kerana berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

P/S: Apa nak jadi ni yea?



10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...