Statistik penceraian di negara ini menunjukkan berlakunya peningkatan yang amat membimbangkan akhir-akhir ini. Antara penyebab berlakunya penceraian adalah tiadanya persefahaman di antara pasangan, pasangan curang dan sebagainya.
Pada kebiasaannya pasangan yang berlaku curang adalah menjadi penyebab utama kepada kes-kes penceraian yang berlaku. Mengapa pasangan anda curang? Sebenarnya banyak sebab mengapa pasangan anda curang. Sila lihat di sini dan di sini.
Mengapa isteri perlu memikat suaminya daripada menjadi curang? Ini kerana sudah menjadi tabiat lelaki sukakan perempuan yang cantik dan bergetah. Yang dah berkahwin pun tetap ada hati nak kahwin lagi satu...konon-kononnya nak ikut sunnah nabi yang membolehkan berkahwin sehingga 4. Yang hairannya kenapa bila bab kahwin aje yang nak ikut sunnah nabi tapi sunnah nabi yang lain tidak pula nak ikut.
Disebabkan itu bagi mengelakkan suami mencari yang lain, isteri perlu melakukan perubahan dengan mencuba beberapa tip bagi memikat hati suami:
1. Akur
Biasanya suami mempunyai ego yang tersendiri. Mereka tak suka isteri membantah apa yang mereka cakapkan walaupun kadangkala mereka bukannya sentiasa betul. Oleh itu sentiasa taat, jujur dan ikhlas pada suami atas segala arahannya selagi arahan tersebut tidak bertentangan dengan perintah Allah dan undang-undang negara.
2. Berkelakuan baik
Jaga perangai, tingkah laku, tutur kata dan tindakan agar suami tidak berasa hati. Sifat yang harus dielak oleh isteri ialah berleter dan bermasam muka.
3. Jangan bebankan
Ada isteri yang terlalu 'demand' meminta itu dan ini, diluar kemampuan suami. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan suami tertekan dan jalan yang mudah ialah suami terpaksa meminjam bagi memenuhi permintaan isteri.
4. Sentiasa bersolek
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada juga isteri yang beranggapan tidak perlu bersolek hatta memakai gincu ketika berada di rumah. Ada juga isteri yang memakai baju tidur hingga ke petang. Alasan mereka ialah tak sesuai memakai pakaian yang cantik dan bersolek untuk membuat kerja-kerja rumah. Sepatutnya isteri ketika di rumah lah memakai pakaian cantik dan bersolek untuk suami agak kelihatan cantik di mata suami.
5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Adalah menjadi pantang kepada suami jika isteri suka menyanggah setiap permintaannya. Seboleh-bolehnya penuhi setiap permintaan mereka walaupun berat untuk dilakukan lebih-lebih lagi jika permintaan suami untuk melakukan hubungan seks.
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Seorang isteri yang baik ialah isteri yang sentiasa mengingatkan suaminya jika terlihat suaminya agak lalai. Teguran dan ingatan tersebut perlulah dilakukan dengan secara berhemah. Ada kajian mengatakan jika isteri ingin meluahkan rasa melibatkan suami perlu diluahkan selepas melakukan hubungan seks bersama suami kerana ketika itu suami dalam keadaan tenang.
7. Perlu ada rasa takut dan hormat
Rasa takut dan hormat ini akan menjadikan setiap isteri lebih berhati-hati dalam melakukan setiap perkara, yang baik mahupun yang tidak baik.
8. Jangan membelakangkan suami
Setiap perkara yang ingin dilakukan oleh isteri perlu mendapat keizinan terlebih dahulu daripada suami lebih-lebih lagi jika ingin keluar rumah. Walaupun tahu suami tak akan marah namun ianya sebagai cara untuk menghormati suami. Walau menganggap perkara ini adalah kecil namun setiap isteri perlu menjaga hati suami.
9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.
10. Isteri kena minta maaf jika buat salah/ menderhaka pada suami
Jadikan amalan ini sebagai rutin harian, sebaik-baiknya mintalah maaf kepada suami sebelum tidur dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu tiba hari raya baru nak minta maaf. Sesungguhnya isteri yang sebegini sentiasa dilaknat oleh para malaikat.
11. Solat bersama suami
Amalan ini bukan sahaja dapat meraptkan hubungan dengan suami tetapi dengan Allah. Dengan bersolat bersama juga memberi gambaran bahawa suami adalah ketua keluarga yang perlu dihormati.
12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Terimalah dengan ikhlas setiap pemberian suami dan jangan mengungkit-ungkit pemberiannya. Hargailah pemberian suami dan ucapkan terima kasih.
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Apabila berhadapan dan berada bersama suami perlulah sentiasa bermuka manis dan sentiasa senyum walau mempunyai tekanan dan masalah yang tersendiri. Isteri yang bersikap sedemikian akan dimuliakan di akhirat.
14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung muka suami dengan penuh kasih sayang. Bila bercakap atau menjawab pertanyaan suami jangan membelakangkan atau sambil bekerja.
15. Jangan bawa pergaduhan ke dalam rumahtangga
Bila mempunyai masalah ditempat kerja jangan sesekali membawa balik ke rumah kerana kadang kala masalah tersebut akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dengan suami.
16. Jangan terlalu kongkong suami
Berilah kebebasan dengan batasan yang wajar kepada suami. Jangan terlalu berprasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana dan cek telefon suami hingga suami langsung tiada privasi. Suami yang terlalu dikongkong kemungkinan akan menjadi bosan dengan tindakan isterinya dan mungkin akan mencari yang lain.
17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun isteri juga penat kerana seharian bekerja namun kalau dapat mengurut dan menyentuh suami ketika dia balik daripada kerja, akan dapat merapatkan lagi hubungan antara suami dan isteri.
18. Jaga makan minum suami
Makanan yang dimasak oleh isteri boleh menjadi penambat kepada kasih sayang suami. Masaklah makanan yang sedap dan makanan yang menjadi kegemaran suami. Jika tidak pandai memasak, maka pergilah belajar. Kata orang ada 2 nafsu yang perlu dijaga oleh isteri terhadap suaminya iaitu nafsu makan dan nafsu seks.
19. Mandi bersama suami
Jika berkesempatan carilah ruang untuk mandi bersama suami kerana pada masa ini isteri dapat menyentuh badan suami dan suami menyentuh badan isteri. Sapukan sabun dan belai badan pasangan akan menambahkan lagi keakraban antara pasangan.
DSP: Moga kita dapat mempraktikkannya di dalam membina hubungan yang mesra dan rapat antara suami dan isteri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan