Isnin, 14 Julai 2014

Gelora nafsu isteri tua

Dalam islam dibolehkan berpoligami sehingga 4 orang isteri tapi dengan syarat suami perlu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Jika tidak mampu berbuat demikian maka tak digalakkan berkahwin lebih daripada 1 sebab ianya akan menyeksakan isteri-isteri yang lain..iaitu dari segi zahir dan batin.


dari sudut pandang
Seperti yang berlaku kepada wanita ini yang mana suaminya berkahwin 2.

Seorang isteri tua sanggup membakar bilik tidur suaminya bersama madunya apabila cemburu melihat kedua-duanya tidur bersama di dalam satu bilik. Beliau dipercayai tertekan kerana tidak mendapat nafkah batin dan tidak dapat melelapkan mata.

Isteri tua itu ditangkap dan mengaku memulakan kebakaran rumah berkenaan kerana cemburu tetapi menafikan membuat demikian kerana ingin membunuh suami dan madunya.

"Saya membakarnya kerana terlalu marah", kata isteri tua tersebut yang berusia 39 tahun. 

Walau bagaimanapun, suami dan madunya yang berusia 28 tahun terselamat dalam kejadian tersebut apabila sedar daripada tidur akibat merasa panas.

DSP: Suatu pengiktibaran buat suami yang beristeri lebih daripada 1. Jangan dah dapat 'pucuk muda' yang tua dilupakan. Perlu sentiasa adil dalam setiap tindakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...