Isnin, 23 September 2013

Sepupu dijadikan pelacur

Dajal betullah lelaki ini yang sanggup jadikan sepupunya sebagai pelacur bagi mendapatkan duit. Dahlah menipu gadis ni dengan mengatakan ada kilang yang memerlukan pekerja yang menawarkan gaji menjangkau RM3,000 sebulan. Hai nasib-nasib.......

Cerita lebih tak guna, korang bacalah kisah selanjutnya:

dari sudut pandang, seks, pelacur, sepupu, bapa ayam, jual tubuhSeorang gadis yang berusia 16 tahun telah ditipu oleh sepupunya sendiri dengan mengatakan beliau telah mendapatkan pekerjaan disebuah kilang tetapi sebenarnya bukan bekerja dikilang tapi sebagai pelacur dengan gaji RM3,000.

Gadis tersebut telah seminggu dijadikan pelacur oleh sepupunya sendiri yang juga 'Bapa Ayam' dan telah dipaksa melayan puluhan lelaki. Namun nasib gadis ini amat baik kerana telah berjaya meloloskan dirinya Jumaat lalu sebelum membuat laporan polis.

Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Pahang datang ke ibu negara pada 13 September lalu selepas terpedaya dengan helah sepupunya yang berusia 30-an.

"Pada mulanya mangsa enggan berbuat demikian namun dia dipukul lelaki terbabit tanpa belas kasihan. Tambah keji, suspek turut memaksanya mengambil dadah.

Gadis tersebut dapat meloloskan dirinya apabila suspek tiada di rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada seorang lelaki untuk dilangani.

Dalam laporannya kepada pihak polis, selain dijadikan pelacur, mangsa juga mendakwa kad pengenalan dan telefon bimbit miliknya turut disimpan suspek bagi mengelakkannya melarikan diri.

Suspek kini dilaporkan telah melarikan diri.

Darisudutpandang: Nampaknya ahli keluarga juga tidak boleh dipercayai 100 peratus. Kadang-kadang kita mengambil mudah perkara-perkara seperti ini kerana kita mempercayai yang ahli keluarga tidak akan membuat seperti itu. Namun dalam arus kebendaan ini kita perlu berhati-hati kerana walau rambut sama hitam namun hati tetap lain-lain.
   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...