Khamis, 1 Ogos 2013

Harimau Malaya semakin hilang taring dan belang

Tahniah lah buat pasukan bola sepak Malaysia yang lebih dikenali sebagai Harimau Malaya kerana semakin hebat sekarang ini kerana dengan pasukan kelab pun kalah sepertimana dalam perlawanan persahabatan dengan 3 pasukan kelab daripada Jepun, Harimau Malaya telah melepaskan 12 gol tanpa satu pun jaringan.

dari, sudut, pandang, Harimau Malaya, Malaysia, K. Rajagobal, FAM, bola sepak, belang, taring, hilangDalam perlawanan persahabatan tersebut Harimau Malaya telah tumpas kepada Kelab Liga Utama Jepun, Shimizu S Pulse dengan 0-2, Shonan Bellmare dengan 0-5 dan terakhir dengan Kelab Liga Divisyen Dua Jepun, Tokyo Verdict dengan keputusan 0-5.

Sepanjang tahun ini, pasukan Harimau Malaya hanya mencatat 2 kemenangan daripada 13 perlawanan persahabatan termasuk dengan perlawanan Kelayakan Piala Asia  2015.

Inilah akibatnya jika pihak pengurusan tidak bertegas dengan jurulatih, Datuk K.Rajagobal yang sentiasa ingin menguji pemain. Aku rasalah itu hanya alasan sahaja ketika kalah. Hakikat sebenarnya Datuk K.Rajagobal ini dah tak relevan lagi untuk melatih Harimau Malaya sejak gagal dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF tempohari.

Mungkin K. Rajagobal ini terlupa yang pasukan Harimau Malaya ini sebenarnya membawa nama Malaysia dan jika pasukan ini kalah kepada pasukan kelab bermakna nama Malaysia juga terjejas. Orang luar akan mempersendakan pasukan bola sepak kita.

Aku sebenarnya dah malas nak tulis pasal Harimau Malaya ini sebab aku dah bosan dengan K. Rajagobal, pengurus pasukan dan juga orang-orang di FAM sendiri.  Yang aku nampak macam syok sendiri saja dalam membuat keputusan tanpa mengira akibatnya. Contohnya dalam menentukan perlawanan persahabatan, kenapa pasukan yang berstatus kelab dipilih untuk melawan pasukan kebangsaan??, pemilihan pemain juga boleh dipersoalkan kerana pemain yang cemerlang di kelab kebanyakannya tidak dipilh, yang terpilih adalah pemain yang menjadi kegemaran tanpa melihat prestasi pemain itu sendiri.

Aku mengharapkan keputusan mesyuarat pada hari ini yang dikatakan akan membincangkan kedudukan Datuk K. Rajagobal akan memberikan satu sinar baru buat pasukan Harimau Malaya mengembalikan semula taring dan belang yang semakin hilang itu dengan syarat Datuk K. Rajagobal dipecat serta merta.

Pada pendapat aku antara jurulatih yang boleh mengisi tempat K. Rajagobal ialah Ong Kim Swee, Bojan Hodak dan Irfan Bakti. Kehebatan mereka ini sudah terbukti dalam melatih pasukan masing-masing.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...