Ini adalah sambungan dari 3 Hari 2 Malam di Bali, Indonesia: Hari Pertama.
Hari ke-2
Pada hari ke-2 di Bali tidak banyak yang boleh aku ceritakan kerana pada hari ini aku kurang sihat dan tidak mengikuti rombongan ke Kintamani, Rice Tenggalang serta Ubud Market. Namun begitu mengikut cerita kawan-kawan aku, ketika mereka sampai di Kintamani iaitu kawasan gunung berapi, hari mulai berkabus kerana hujan dan mereka langsung tidak dapat melihat apa-apa selain warna putih sahaja.
Walaupun begitu, aku akan kongsikan gambar-gambar yang telah diambil oleh kawan-kawan aku untuk tatapan semua.
Sebelum keluar, sempat bergambar di depan Hotel Bliss Wayan:
Sebelum bertolak ke Kintamani, singgah dulu untuk makan Rumah Makan Minang Sumbar Hidup.
Ketika ini kawan-kawan yang bukan beragama Islam tidak mengikuti kami kerana mereka makan di tempat lain. Seorang rakan memberitahu aku yang makanan ayam penyet di sini amat sedap.
Berikut adalah gambar-gambar di Tenggalang Rice serta di Ubud Market. Mengikut kawan aku, Tenggalang Rice adalah tempat para penduduk menanam padi. Keunikan tempat ini adalah tempat padi di tanam di sekitar lereng-lereng bukit dan membentuk lanskap yang yang cantik. Manakala di Ubud Market adalah tempat shopping yang terkenal di Bali dan harga yang ditawarkan disini agak murah. Oleh disebabkan itu, seorang kawan telah menghabiskan kira-kira RP5 juta di sini. (tukaran mata wang ketika itu RM315.00 = RP1 juta).
Selepas bershoping dan makan malam, mereka terus balik ke hotel.
Bersambung ke hari ketiga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan