Sambungan dari hari-2.
Hari ke-3 adalah juga hari terakhir di Bali ini. Pada hari ini, aku agak sihat dan akan mengikuti rombongan untuk melawat Ulun Danu Beratan serta Bandar Kuta. Terima kasih juga kepada kawan aku, Tajul yang sudi menemani aku semalam serta anak saudara aku Axxim bersama dengan isterinya Lydia yang sudi datang melawat aku di Hotel Bliss Wayan. Moga Allah merahmati kalian.
Selepas makan pagi, kami diarahkan untuk mengemas semua pakaian dan beg perlu diletakkan dilobi kerana beg-beg tersebut akan dibawa terus ke Lapangan Terbang. Selain itu kami juga diarahkan untuk membuat urusan check out pada pagi tersebut.
Selepas segala urusan selesai, seperti biasa ada sessi bergambar:
Kami bertolak dari Hotel ke Ulun Danu Beratan lebih kurang pukul 9:00 pagi. Perjalanan untuk ke Ulun Danu mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana. Semasa dalam perjalanan aku dapati di kiri dan kanan jalan terdapat banyak sawah padi yang diusahakan oleh penduduk di sini. Sememangnya penanaman padi menjadi satu sumber pendapatan bagi penduduk di Bali.
Semakin hampir sampai ke Ulun Danu, semakin tinggi bukit yang perlu di daki. Bas yang kami naiki merangkak perlahan-lahan mendaki bukit yang semakin tinggi namun pemandangan di sekeliling amat mempersonakan. Di kejauhan juga kami dapat melihat Gunung Kintamani yang tidak dapat kami lihat semalam.
Kami sampai di Ulun Danu Beratan kira-kira pukul 11 pagi. Ulun Danu Beratan ialah Temple Hindu yang bernama Ulun Danu yang berada di Tasik Beratan.
Selepas berada di sini hampir 1 jam dan banyak gambar yang diambil, kamipun bertolak balik ke Kutta. Dalam perjalanan kami singgah di Restoran Pacung untuk mengisi perut terlebih dahulu.
Setelah kenyang, kami kembali meneruskan perjalanan ke Kutta. Kami sampai di Kutta lebih kurang pukul 3 petang. Di sini kami diberi kebebasan untuk pergi shopping untuk tempoh 1 jam kerana selepas itu kami terpaksa ke Lapangan Terbang Denpasar untuk berlepas balik. Ada antara kami yang mangambil kesempatan untuk ke Hard Rock untuk membeli barangan cenderamata.
Kami bertolak dari Kutta ke Lapangan Terbang Denpasar kira-kira pukul 4 ptg dan sampai di sana pada pukul 5 ptg. Penerbangan kami untuk pulang adalah pada pukul 7:45 mlm dan dijangka akan sampai dalam pukul 10:45 malam di LCCT, Kuala Lumpur. Berikut adalah gambar-gambar di sekitar Lapangan Terbang Denpasar.
Tepat pukul 7:45 malam dengan menaiki pesawat Air Asia kami pun meninggalkan Bali. Segala pengalaman di Bali dijadikan ingatan dan saya berjanji mungkin akan datang lagi di sini tapi kali ini mungkin membawa keluarga pula nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Kenangan dan pengalaman yang tk akan dilupakan bersama teman2...
BalasPadam