Sabtu, 16 Mac 2013

Kejamnya manusia padamu Gendut

Pada dua hari yang lepas, ketika aku bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja, aku terdengar suatu jeritan kucing yang amat nyaring tetapi aku abaikan kerana aku fikir ada kucing yang sedang bergaduh disekitar rumah aku ini.

Selepas aku pulang dari tempat kerja, aku terkejut apabila melihat Gendut berjalan terhencut-hencut. Aku ingatkan ia dilanggar kereta tetapi apabila diamati, aku dapati ada simpulan tali dikakinya. Aku sungguh terkejut dan marah kerana tali tersebut telah menyebabkan kaki Gendut menjadi bengkak dan berdarah. Siapakah manusia yang begitu kejam mengikat kakimu Gendut?

Oh, ya kepada yang tak tahu cerita Gendut sebelum ini, sila baca disini

kucing, haiwan, comel, manja, dari, sudut, pandang, curang, seks, kesayangan, Rasulullah, Gendut, kejam, manusia,dan, pada
kucing, haiwan, comel, manja, dari, sudut, pandang, curang, seks, kesayangan, Rasulullah, Gendut, kejam, manusia,dan, pada
kucing, haiwan, comel, manja, dari, sudut, pandang, curang, seks, kesayangan, Rasulullah, Gendut, kejam, manusia,dan, pada
kucing, haiwan, comel, manja, dari, sudut, pandang, curang, seks, kesayangan, Rasulullah, Gendut, kejam, manusia,dan, pada

















Aku dan isteri cuba untuk memotong tali yang mengikat kaki Gendut namun gagal kerana selain daripada Gendut yang meronta dan mencakar tangan kami, tali yang mengikat kakinya terlalu kejap sehingga susah untuk kami memotong tali tersebut. Kesian sungguh aku melihat gendut yang sering kali menjilat kakinya yang mula membengkak dan berdarah.

Anak aku yang lelaki dan perempuan, asyik mengomel dari tadi. Mungkin dia juga marah kepada orang yang melakukan perkara ini kepada Gendut.

Setelah berbincang dengan isteri dan anak-anak, aku mengambil keputusan untuk menghantar Gendut ke klinik haiwan tapi setelah 'bertanyakan' dengan 'cik Google' di internet, di dapati klinik haiwan yang terdekat dengan rumah kami adalah di Batu Caves tetapi malangnya klinik tersebut dibuka sehingga pukul 5 petang sahaja.

Disebabkan itu kami terpaksa menunggu sehingga keesokan harinya untuk membawa Gendut ke klinik dan berharap agar tiada apa-apa yang berlaku kepada Gendut pada malamnya.

Pada keesokkannya, aku lihat kaki Gendut agak baik dari hari sebelumnya, mungkin kerana ia selalu menjilat kakinya yang luka itu.menyebabkan luka tersebut cepat sembuh. Namun kerana tali tersebut masih mengikat kaki Gendut, maka aku mengambil keputusan untuk membawa juga Gendut ke klinik.

Ini adalah kali pertama, aku pergi ke klinik haiwan. Ketika aku sampai di KM Animal dan surgery ketika itu hanya ada seorang pelanggan sahaja yang menghantar anjingnya untuk diperiksa. Setelah menunggu dan membuat pendaftaran, tidak sampai pun 15 minit, maka akupun dipanggil untuk membawa Gendut ke dalam bilik rawatan..

Masuk ke dalam bilik rawatan, doktor bertanyakan serba sedikit kejadian dan mengarahkan aku supaya memegang tengkuk Gendut dari belakang bagi memastikan agar Gendut tidak meronta dan mencakar. Kemudiannya dengan menggunakan gunting, doktor tersebut menggunting tali yang mengikat kaki Gendut dan seterusnya mencucuk ubat antibiotik kepada Gendut. Doktor juga memaklumkan yang tali tersebut tidak dapat dibuang sepenuhnya kerana telah tersimpul dengan jarinya tetapi beliau juga memberitahu agar tidak risau kerana tali tersebut akan tertanggal dengan sendirinya.

Mulanya aku risau juga berkenaan dengan kos yang dikenakan tetapi apabila diberitahu yang kos rawatan hanya RM30 sahaja, aku menjadi lega sebab aku ingatkan kosnya sehingga RM50 ke atas.

Gendut, sekarang ini Alhamdulillah kerana kakinya sudah sembuh walaupun kesan belitan tali pada kakinya masih ada. Kekadang bila melihat kesan tersebut aku menjadi hairan kenapa dengan binatangpun kita, manusia boleh jadi sekejam itu.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...