Pada 18hb Januari 2013 yang lalu, bermulanya lawatan aku ke Bali, Indonesia. Lawatan ini adalah atas anjuran syarikat iaitu Titijaya Group yang kali ini menganjurkan lawatan ke Bali selepas ke Hatyaai pada tahun lepas.....
Berikut adalah sedikit gambar dan catatan pengalaman aku ketika di sana bersama teman-teman sekerja:
Kami yang pergi secara berkumpulan seramai 54 orang telah dinasihatkan oleh ketua lawatan kami iaitu Mr. Andy supaya berkumpul pada pukul 6:30 pagi di LCCT untuk penerbangan Air Asia ke Bali pada jam 9:30 pagi.
Untuk berada di LCCT pada jam 6:30 pagi, ada antara kami yang mengambil inisiatif untuk menyewa bas dan pergi secara berkumpulan dan ada juga yang pergi dengan menaiki kereta dan aku adalah salah seorang yang pergi dengan menaiki kereta kawan aku.
Selepas berkumpul dan diberi taklimat oleh Andy, kami diberi 'boarding pas' dan juga borang kastam untuk masuk ke Indonesia.
Ketika inilah aku terkejut kerana salah seorang daripada kami didapati tidak dapat ke sana kerana namanya tidak terdapat dalam senarai yang pergi ke Bali (???) Aku tidak tahu kenapa perkara ini berlaku..??? Sedangkan dia sudah berada di LCCT, sepatutnya dia diberitahu lebih awal bahawa namanya tercicir....
Ok, aku tak mahu bercerita lebih lanjut tentang 'kesilapan teknikal' ini, jom sambung balik cerita tadi....
Selepas check in, kami diberi kelonggaran untuk pusing-pusing disekitar LCCT dan kami diberitahu bahawa makanan pagi kami telah disediakan di dalam penerbangan.
Tepat jam 9:30 pagi, kami telahpun berada di dalam pesawat Air Asia untuk ke Bali, tapi malangnya pesawat tersebut tidak dapat berlepas seperti yang dijadualkan kerana pihak yang berkenaan terpaksa mengeluarkan bagasi daripada seorang penumpang yang membatalkan penerbangan di saat-saat terakhir.
Pada jam 10:20, barulah pesawat kami berlepas dan perjalanan ke Bali ini mengambil masa selama 2 jam 50 minit dan kami sampai di Ngurah Rai International Airport (DPS) pada jam 1:10 petang.
Berikut adalah gambar di sekitar LCCT dan juga gambar di dalam pesawat Air Asia:
Gambar ketika kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai (DPS), Bali:
Makan tengahari di Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro.
sempat berposing sementara menunggu makanan sampai.
Setelah habis mengisi perut masing-masing, kami pun meneruskan kembara di Bali ini dengan singgah di tempat pemprosesan kopi Luwak yang terkenal di Bali. Di sini aku diberitahu kopi ada jantan dan betina yang mana kopi betina harganya agak mahal daripada kopi jantan. Di dalam gambar ini juga kelihatan najis 'civet' yang memakan biji kopi. Harga kopi-kopi di sini agak mahal dan boleh dilihat pada gambar 'price list' yang aku sertakan. Oleh disebabkan itu, selepas meminum kopi yang disediakan aku melangkah keluar.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Tanah Lot. Berikut adalah gambar-gambar disekitar Tanah Lot. Angin yang kencang dan ombak yang bergelora telah menyebabkan kami tidak dapat menyeberang sehingga ke 'Holy Temple'. Selain itu dikawasan ini dikatakan tempat dimana para pelancong datang untuk melihat matahari jatuh. Tetapi disebabkan hari yang mendung kami tidak dapat melihat matahari jatuh.
Di sini juga terdapat gerai-gerai yang menjual berbagai barangan dari pakaian sehinggalah ke barangan cenderamata. Harganya boleh ditawar sehingga ke 70 peratus.
Selepas berada di Tanah Lot selama hampir dua jam, kami berlepas pulang ke Hotel Bliss Wayan, Sebelum itu sempat singgah untuk makan malam dulu.
Selepas hampir setengah hari lawatan di Bali, kini tiba masanya untuk 'check in'. Kelihatan masing-masing kepenatan namun tetap teruja. Hotel ini baru saja beroperasi tidak sampaipun setahun. Semuanya dalam keadaan baru dan bersih. Cuma kami terpaksa menunggu giliran untuk naik ke bilik kerana lif yang disediakan hanya satu sahaja.
bersambung ke hari ke-2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan