Selepas kenyataan daripada Zain Saidin berkenaan dengan hubungan antara mereka berdua, Rozita Che wan mengambil sikap untuk tidak memberikan komen terhadap kenyataan tersebut.
"Itu kenyataan daripada Zain, saya tak nak komen apa-apa kerana saya bimbang apa yang saya katakan nanti akan buat dia kecil hati. Saya jadi serba salah dan pada masa yang sama kasihankan Zain." jelas Rozita Che Wan mengenai kenyataan Zain Saidin yang mereka akan berkahwin hujung tahun ini.
"Jawapan Zain itu diputar belit, membuatkan saya jadi pening kepala. Hubungan kami memang rapat dan dia seoranglah saya berkawan sekarang, tetapi saya belum bersedia untuk berkahwin lagi."
Sebelum ini, Rozita Che Wan atau Che Ta pernah dikaitkan dengan Shahir (juara AF8), Beego dan beberapa ahli perniagaan.
Rozita menambah lagi, "Sudah 10 tahun saya hidup solo dan sudah terbiasa hidup sendiri. Anak-anak pun sudah besar. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Saya bimbang bila berkahwin nanti, saya tidak dapat memikul tanggungjawab dan tidak dapat memberi sepenuh komitmen kepada rumah tangga."
"Zain memang menunggu detik itu tetapi saya pula 50-50, ada pun tak apa (kahwin), tak ada pun tak apa. Sebab itu apabila orang tanya soal nikah kahwin ini, saya senyum saja," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan