Kali ini, untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2013 di Doha Qatar yang bermula pada 6 Februari ini, Datuk K Rajagobal telah mengugurkan tujuh (7) pemain skuad Piala AFF termasuk kapten, Safiq Rahim.
Dalam senarai pemain yang dikekalkan, aku terkejut kerana nama Amar Rohidan ada disitu kerana dalam penilaian aku ketika melihat permainan pemain ini di dalam kejohanan Piala AFF tempohari sepatutnya dia antara yang digugurkan. Mungkin pemain ini menjadi kesayangan Rajagobal??
Daripada senarai 26 pemain yang disenaraikan bagi mengikuti latihan pusat dan pemilihan bermula 26 Januari 2013, Rajagobal memanggil semula 10 pemain yang diketepikan sebelum ini termasuk tonggak Kelantan, Mohammad Nor Farhan dan Ashaari shamsudin dari Terengganu.
Dalam senarai itu juga yang menghairankan adalah tiadanya nama Piya (Mohd Badhri), Nazmi Faiz, pemain yang disenaraikan oleh ESPN sebagai yang ke-9 terbaik Asia, Rozaimi Abdul Rahman dan juga Brendan Gan (pemain kelahiran Malaysia bermain dengan pasukan Sydney FC)
Berikut adalah senarai pemain yang telah disenaraikan:
Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Farizal Marlias
Norazlan Razali
Pertahanan
Mahali Jasuli
Mohd Bunyamin Umar
Asraruddin Putra Omar
Mohd Aidil Zafuan
Nik Mohd Shahrul Azim
Mohd Faizal Muhamad
Amiridzwan Taj
K Rueben
Mohd Fadhli Shas
Tengah
K Gurusamy
S Kunalan
Yong Kuong Yong
Azamuddin Akil
Shakir Shaari
Nor Farhan Muhammad
Ashaari Shamsuddin
Amar Rohidan
Wan Zack Haikal
Gary Steven
Penyerang
Khyril Muhymeen
Norshahrul Idlan
Safee Sali
Fauzi Roslan
Kalau sesiapa yang tak pernah tengok Brendan Gan main, ini videonya:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan