Khamis, 24 Januari 2013

Misteri kehilangan duit Lisa Surihani terbongkar

Berapakah tahap keselamatan wang kita di Bank??, jika perkara ini boleh berlaku terhadap Lisa Surihani, perkara inipun mungkin boleh terjadi kepada kita.

Dari sudut pandangIni kerana misteri kehilangan duit di dalam akaun bersama Lisa Surihani dengan ibunya, yang berjumlah RM50,000.00 akhirnya terbongkar apabila pihak polis mendapati kehilangan duit tersebut berpunca daripada orang dalam sebuah bank.

Kakitangan bank yang juga seorang wanita dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000.00 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Wanita ini yang bekerja di bank terbabit telah memalsukan dokumen Lisa sebelum membatalkan kad yang lama dan seterusnya membuat salinan baru kepada kad tersebut dan mengeluarkan wang untuk perbelanjaannya.

Walaubagaimanapun wanita tersebut tidak direman kerana suspek mengidap sakit jantung.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...