Kehilangan duit tersebut disedari pada Jumaat lalu kira-kira jam 10:30 pagi apabila ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan didapati duit yang disimpan telahpun dikeluarkan.Ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
Selepas semakan dilakukan, rekod menunjukkan berlakunya pengeluaran wang di dalam akaun di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang pada selasa lalu.
Berikutan itu, Lisa Surihani bersama ibunya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan