Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambungan dari bicara semalam, tentang banyak 'offer' yang pihak pembangkang akan bagi kepada rakyat Malaysia jika mereka dapat memerintah Malaysia ini. Aku fikir dalam dunia ini mana yang free sekarang ini hanya kentut aje..... kalu kita tengok nak buang air pun dah kena caj RM0.30. Jadi aku pun tertanya-tanya juga macamana nak dapatkan 'income' untuk negara... kalu hanya semata-mata nak harapkan duit Petronas..boleh tapi sampai bila??
Bagi kerajaan sekarang yang memerintah pula, janganlah asyik nak mengkayakan kroni, diri sendiri, tokey-tokey cina dengan merampas yang bukan hak... kamu itu hanya pemegang amanah rakyat saje. Kalu kekayaan negara ini dibagi sama rata dengan setiap rakyat aku rasa tak ada pun yang masih hidup merempat dan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Bagi aku, walau apapun yang pihak pemerintah sekarang atau pihak pembangkang tawarkan dalam piliharaya ini jika mereka dapat memerintah Malaysia....lakukan kerana niat untuk membantu rakyat bukan untuk mengkayakan diri sendiri.
Oleh itu, inilah masanya kita (rakyat) menjadi berkuasa untuk menentukan siapa yang boleh membantu kita menjalani hidup yang penuh mencabar ini. Tepuk dada tanya akal dan minda, tengoklah....nilailah....rumuslah.....masa depan kita bergantung kepada kita sendiri. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan