Isnin, 13 Julai 2015

Aduhai nak balik raya pun bergaduh

Tinggal 3 hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma. Secara tak langsung 3 hari lagi kita akan menyambut hari raya Edul Fitri. Rasa sedih kerana Ramadhan, bulan yang penuh berkat ini akan pergi meninggalkan kita. Namun begitu rasa teruja untuk menyambut 1 Syawal mengurangkan sedikit rasa kesedihan itu.

Nak balik raya mana tahun ni? Dah tentukan belum? Atau masih ada yang tak tahu nak balik mana?

Mungkin ada juga yang sekarang ni sedang bermasam muka dengan pasangan masing-masing kerana setiap kali raya asyik balik rumah dia aje. Mungkin juga ada si suami atau isteri yang mengambil protes secara diam untuk tidak menyediakan keperluan raya kerana pada tahun ini giliran beraya di rumah mentua.

Walau apapun keputusan yang diambil oleh suami atau isteri semestinya harus adil dan saksama. Perlu ada timbang rasa di kalangan pasangan kerana hari raya adalah hari untuk mengeratkan silaturahim di antara kita. Jangan pula bermasam muka di hari yang mulia itu.

DSP: Selamat menyambut Eidul Fitri buat semua pembaca blog saya. Ampun dan maaf dipinta seandainya ada tulisan saya selama ini yang terasa dihati dan terjentik di telinga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...