Kebanyakan suami menganggap memeluk isteri perlu dilakukan ketika untuk melakukan hubungan seks sahaja tetapi sebenarnya isteri amat suka dipeluk bukan hanya ketika ingin bersama tetapi dalam banyak situasi yang lain. Bagi sesetengah isteri, mereka lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Mengapa pelukan dari suami amat penting bagi seorang isteri? Dalam suatu kajian yang dilakukan apabila berpelukan suatu hormon yang dikenali sebagai hormon oxytocin akan dirembeskan oleh otak untuk mewujudkan perasaan tenang dan kasih sayang antara suami dan isteri. Hormon ini juga berfungsi untuk mengurangkan perasaan stress iaitu dengan menghalang pengeluaran hormon cortisol dan norepinephrine (hormon yang menyebabkan stress). Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal American Psychosomatic Society. Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.
Sementara sekumpulan pasangan lain hanya melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.
Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang paling stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang menceritakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang paling stress yang mereka tempuhi pada hari itu.
Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan darah meningkat dan denyutan nadi menjadi sangat pantas.
Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti cortisol dan adrenaline. Pelukan juga akan menyebabkan kalenjar di otak akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine, yang memberikan rasa tenang dan tenteram.
Oleh itu para suami, peluklah sentiasa isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari jemari tangan anda dengan jari jemarinya, gosok lembut punggungnya dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Oleh itu wahai suami, bersedialah untuk memeluk isteri apabila mendengar isteri berkata "abang, tolonglah peluk aku"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan