Jumaat, 1 Mei 2015

Bila isteri benarkan kahwin lagi

Buat semua lelaki yang telah berkahwin dan bercita-cita untuk kahwin lagi, pastinya akan gembira dan tersenyum hingga ke telinga bila isteri benarkan kahwin lagi.

Tak ramai isteri yang membenarkan suaminya kahwin lagi kerana "bermadu" adalah satu perkataan yang menjadi 'taboo' kepada ramai wanita yang telah berkahwin. Status menjadi isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat dan hidup bermadu pastinya menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita. Jadinya tak ramai wanita yang berkahwin membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Sebagai lelaki dan suami yang normal, jangan tipulah kalau tak ada keinginan untuk menambah cawangan lagi. Kebanyakan suami berkeinginan untuk itu cuma yang membezakannya ialah antara berani atau tidak. Bagi yang berani pasti akan mengambil langkah yang seterusnya manakala yang tak berani pulak terpaksalah hanya memendam rasa. Ada gurauan dikalangan lelaki yang bersuami tentang takut bini iaitu "bukan aku takut bini tapi bini yang tak takut aku".

Sebenarnya cerita isteri membenarkan kahwin lain bukannya cerita tentang orang lain tetapi ini terjadi pada diri aku sendiri. Puncanya adalah disebabkan kerana permintaan untuk mendapatkan anak lagi. Aku tak sangka itu jalan penyelesaiannya yang diberikan oleh si isteri.

Hasrat untuk mendapatkan anak lagi telah aku luahkan sejak 2-3 tahun yang lalu memandangkan anak aku pun dah berumur 11 tahun jadi keinginan untuk ada kawan yang boleh menghilangkan rasa stress dan sunyi makin membuak-buak, lebih-lebih lagi bila wujudnya Irsyad yang juga anak kakak aku. Perasaan untuk mempunyai anak lagi seperti tidak dapat dibendung tetapi malangnya isteri pula yang tidak menyokong hasrat aku itu. Bila didesak katanya "abang, kahwin ajelah satu lagi".

Aku tak tahu yang isteri aku ini bersungguh ke atau main-main membenarkan aku kahwin lain. Yalah perempuan mana yang suka berkongsi suami. Bila aku ceritakan kepada seorang kawan tentang perkara ini katanya "Hah, apa lagi dah beri lampu hijau tu, cepatlah cari". (Kawan aku ini dari dulu lagi minta kebenaran untuk kahwin lain tapi tak dapat. Khabarnya dia tambah juga cawangan secara senyap-senyap, nikah di Thailand).

Memang isteri aku mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak mengandung lagi kerana alahan yang amat teruk sewaktu mengandungkan kakak dan abang dahulu.

Sebenarnya aku tak pernah terlintas pun untuk menambah cawangan lagi walaupun diizinkan. Bagi aku cukuplah hanya satu cawangan. Bukan mudah untuk menambah cawangan lagi yang aku rasa menuntut masa, tenaga dan pengorbanan yang tinggi yang sememangnya aku tiada. Cawangan yang satu inipun tak ter 'handle' inikan pula nak menambah cawangan baru. Nanti tak pasal-pasal bahu aku senget sebelah di akhirat pula.

Oleh itu wahai isteri, tolong jangan suruh aku kahwin lagi kerana cukup hanya kamu yang menjadi isteriku.




 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...