Ahad, 11 Mei 2014

MB Terengganu: Datuk Seri Ahmad Said letak jawatan

Spekulasi jawatan Menteri Besar Terengganu kembali bertiup kencang lebih-lebih lagi apabila adanya khabar-khabar angin bahawa Datuk Seri Ahmad Said akan meletakkan jawatannya pada 18 haribulan Mei ini.
dari sudut pandang, jawatan Menteri Besar, Terengganu, Datuk Seri Ahmad said
Peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dikatakan sebagai salah satu syarat perjanjian sebelum ini bahawa beliau hanya dilantik sebagai Menteri Besar untuk tempoh setahun sahaja. Ini kerana prestasi Umno Terengganu dibawah Datuk Seri Ahmad Said semasa Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini amat mengecewakan apabila hanya menang dengan majoriti 2 kerusi sahaja berbanding Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Selain itu, hubungan Menteri Besar dengan istana yang dikatakan mempunyai masalah juga dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa peletakan jawatan ini direstui oleh istana.

Ramai pemerhati politik mengatakan terdapat 2 calon yang disebut-sebut sebagai penganti kepada Datuk Seri Ahmad Said iaitu Adun Seberang Takir,  YB Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan juga Adun Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Terengganu. Sebenarnya terdapat seorang lagi nama yang menjadi pilihan utama untuk jawatan menteri besar ini iaitu Adun Telemung yang juga Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, YB Rozi Mamat.

Daripada sumber yang boleh dipercayai, pelantikan YB Rozi Mamat ini hanyalah sementara sahaja sebelum berlakunya lagi pertukaran jawatan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Dipercayai calon yang sebenar pilihan istana dan juga Datuk Seri Najib Razak adalah seseorang yang berada di Kerajan Pusat. Dipercayai semasa PRU14 nanti, calon pilihan ini akan bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

DSP: Harapnya kepada sesiapa pun yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu selepas ini, berkhidmatlah dengan seikhlas hati untuk membantu rakyat Terengganu. Jangan jadikan jawatan yang diperolehi sebagai satu peluang untuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan juga keluarga sudahlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...