Jumaat, 28 Februari 2014

Tip-tip menghadapi musim panas

Hari tu banjir besar melanda Pahang dan Terengganu kemudiannya musim sejuk pula melanda di disesetengah tempat di Kelantan, Kedah dan Sabah. Kini musim panas pula melanda di kebanyakan negeri di Malaysia sehinggakan air-air di empangan semakin surut.

dari sudut pandang, musim panas, tip-tip, kemarau, sakitNampak sangat sekarang ini cuaca semakin tidak menentu, mungkin 'kiamat' akan berlaku 'just around the corner' jer.... Yealah dalam peristiwa Israk dan Mikraj telah digambarkan yang usia bumi ini seperti orang tua berbonggok tiga. Itu sudah lebih 1435 tahun yang lalu...sekarang ini mungkin usia bumi dah semakin tua dan semakin 'sakit-sakit'.

Tip-tip untuk menghadapi musim panas atau musim kemarau sekarang ni.

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Cuaca panas ini memberi kesan kepada semua orang tetapi terdapat kumpulan yang lebih berisiko terhadap cuaca panas seperti:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan sebagainya.
  • Orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda.
  • Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan seperti asma dan sebagainya.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kalenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan dan pengeringan peluh.

Cuaca panas ini boleh menyebabkan gejala:
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas yang melampau sekarang ini.

Kita perlu:
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sentiasa berada dalam rumah atau bangunan selagi boleh dan hadkan aktiviti luar.
  • Kerap berehat.
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan.
  • Pakai-pakaian yang nipis, longgar dan berwarna terang.
  • Pakai topi atau payung yang besar.
Kita perlu mengelakkan:
  • Minum-minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
Jika mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah:
  • Keluar dari kawasan yang panas.
  • Tanggalkan pakaian yang ketat.
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
  • Minum air setiap 15 minit.
  • Dapatkan bantuan jika keadaan menjadi tidak terkawal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...