Jumaat, 20 September 2013

Lintah gergasi muncul di Sungai Siput

Pada zaman yang menuju ke pengakhirannya ini, ,semakin banyak haiwan yang ganjil muncul dan ada sesetengahnya tak pernah kita nampak.  Begitulah yang berlaku di Kampung Muhibbah, di Sungai Siput ini.

Cerita lebih pun tak guna, korang tengoklah gambar dan cerita selanjutnya :

dari sudut pandang, lintah gergasi, ular air, ular karung guni, ular air
Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian bertempiaran lari menyelamatkan diri sejurus terserempak dengan haiwan aneh seperti ' lintah gergasi ', pagi semalam.

Haiwan yang bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan sepanjang hampir 2 meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10 : 15 pagi.

Menurutnya, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam ( JPAM ) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

" Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak. "

" Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu ", katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM, Leftenan A Balasubramaniam berkata, 3 anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

" Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu. "

" Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air yang dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar, " katanya.

Darisudutpandang: kalau aku tengokpun terkejut. Korang pernah tengok ke haiwan ni sebelum ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...