Rabu, 26 Jun 2013

Pilihan Raya Kecil pertama selepas PRU-13 di Kuala Besut

DUN Kuala Besut dijangka akan menghadapi pilihanraya kecil yang baru berikutan kematian penyandang kerusinya dan sekaligus menjadi pilihanraya  kecil yang pertama selepas PRU-13.

Penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr. Abdul Rahman Mokhtar, 55 tahun telah meninggal dunia pada pagi ini akibat sakit paru-paru.


Beliau telah dimasukkan ke ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah sejak minggu lalu.

Beliau pada PRU-13 yang lalu telah mengalahkan calon PAS Napisah Omar dengan majoriti 2,434 undi.

Dr. Abdul Rahman juga adalah exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

BN Terengganu dijangka sedaya upaya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil ini bagi mengekalkan kelebihan 2 kerusi yang dimenangi pada PRU-13 yang lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong dilaporkan akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan selanjutnya.

SPR dijangka akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...