Bila baca tajuk, macam 'konfius' sikit. Takkan lah seorang isteri boleh mempunyai dua orang suami?? Dah terbalik pulak.......
Cerita ini yang aku baca di sebuah akhbar tidak pula menyatakan agama si pelaku ini. Aku berharap si pelaku ini bukannya seorang yang beragama Islam sebab Islam melarang isteri berpoligami...hanya suami saja. Namun begitu aku percaya lain-lain agama juga melarang sesuatu yang buruk, bukan sahaja Islam.
Mengikut apa yang dilaporkan salah seorang lelaki itu hanya menjadi suami di waktu siang sahaja. Manakala suami yang sebetulnya, hanya menjadi suami di waktu malam....(eh..eh..eh betul ker!!)
Betul, dan perjanjian telahpun dibuat antara kedua-dua lelaki tersebut.
Mungkin korang 'konfius'kan bila baca kenyataan di atas. Okey lah ceritanya macam ini:
"Akibat tidak dapat menahan gelora nafsu terhadap isteri rakannya sendiri, seorang lelaki parah apabila ditetak oleh suami wanita terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah taman perumahan.
Kejadian yang berlaku pada pukul 1 pagi itu melibatkan suspek yang berusia 30-an itu dikatakan pergi ke rumah wanita tersebut untuk melakukan hubungan seks walaupun ketika itu, suami wanita terbabit berada di rumah.
Perbuatan suspek yang berada dalam pengaruh alkohol itu menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum dia ditetak menyebabkannya dikejarkan ke hospital oleh kereta peronda polis apabila jiran yang menyedari berlakunya pergaduhan telah segera menghubungi pihak berkenaan.
Suspek yang parah di sebelah kiri kepala menerima sembilan jahitan dan tujuh jahitan lagi di bawah leher.
Suspek dipercayai sudah lama menjalin hubungan sulit dengan wanita berkenaan sehingga melahirkan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun ketika suaminya berada dipenjara.
Difahamkan terdapat perjanjian antara mereka berdua yang mana suspek hanya dibenarkan datang ke rumah berkenaan pada siang hari sahaja untuk melakukan hubungan seks atau bertemu dengan anaknya.
Dikatakan punca pergaduhan antara mereka adalah disebabkan sudah dua malam berturut-turut suspek datang ke rumah berkenaan."
P/S: Entahlah.. macam-macam berlaku sekarang ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan