Sabtu, 12 Januari 2013

Geng lepak bogelkan isteri orang

Apalah nak jadi dengan masyarakat kita ini, tak boleh ditegur langsung.. mulalah berdendam dan buat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Inilah yang berlaku kepada sorang isteri akibat tindakan suaminya yang sering menegur sekumpulan remaja yang sering melepak di kawasan perumahan yang berhampiran dengan rumahnya, isterinya nyaris dirogol ketika lelaki tersebut tiada dirumah.

geng lepak bogelkan isteri orang
sekadar gambar hiasan
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi, mangsa yang sedang tidur dibiliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan. Dia tersedar daripada tidur apabila terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.

Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

"Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya".

"Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya," kata wanita tersebut.

Beliau berkata, kumpulan itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Kumpulan tersebut juga telah melarikan barang kemas, telefon pintar, IPad dan wang yang disimpan dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.00.

"Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya yang sering menegur kumpulan itu yang membuat kacau selepas mengambil minuman keras.

Kejadian ini telah dilaporkan di Balai Polis Jalan Tun Razak.

sumber

P/S: Saya percaya kejadian seperti ini akan menyebabkan masyarakat akan berfikir banyak kali untuk menegur jika terlihat sesuatu yang menyalahi undang-undang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...