Isnin, 7 Januari 2013

8 sebab susah mendapatkan rezeki

Kadang-kadang kita berusaha untuk mendapatkan rezeki tapi susah nak dapat, ada sahaja halangannya.... Mungkin tiba masanya untuk kita mula bermuhasabah adakah kita pernah melakukan perkara ini:-

8 sebab susah mendapatkan rezeki
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian.

2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.

3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.

4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.

5. Riak bila bersedekah.


6. Banyak berbuat maksiat atau kemungkaran.

7. Tidak atau kurang beristighfar.

8. Tidak bersyukur atau banyak mengeluh.

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi dari segi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, untuk mendapatkan anak, peluang kerja, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperolehi rezeki yang melimpah ruah. tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan dipanggil 'istidraj'.

Wallahu'alam






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...