Aku sebenarnya amat menyanjungi kepada wanita hamil ini kerana mereka amat tabah dan sabar ketika mengandung. Oleh itu aku nak kongsikan 9 perkara yang berlaku kepada wanita atau isteri ketika mereka hamil supaya setiap suami atau bakal ayah memahami perkara yang berlaku ketika isteri mereka hamil.
Masalah mual atau muntah pada pagi hari sewaktu hamil, tentu sudah banyak yang tahu. Bagaimana dengan perkara lain yang berlaku, yang tidak ramai yang tahu. Berikut adalah masalah yang dialami ketika wanita mengandung:
1. Masalah penglihatan
Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tidak selesa bagi perempuan yang menggunakan kanta lekap. Ini disebabkan penumpukan cairan yang menyebabkan kornea menjadi bengkak. Supaya lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan cuci mata dengan lebih kerap.
2. Payudara ngilu
Ini mungkin masalah pertama yang akan dialami oleh wanita mengandung, bahkan sebelum menstruasi berhenti. Payudara akan bersiap lebih awal untuk kelahiran anak dan mungkin terasa lembut jika disentuh. Belahan dada juga akan terlihat lebih lebar saat mengandung.
3. Rambut lebih lebat
Banyak wanita hamil rambutnya akan berkilau dan lebih lebat. Tidak hanya pada rambut kepala, rambut di seluruh tubuh juga lebih lebat. Namun jangan khuatir, rambut yang tumbuh banyak di tubuh saat mengandung akan gugur dengan sendirinya setelah melahirkan anak.
4. Gusi berdarah
Gusi berdarah sering terjadi sewaktu kehamilan. Sangat penting untuk menjaga kebersihan mulut sewaktu mengandung.
5. Lupa
Masalah ini hanya sementara sahaja tapi ada sesetengah kes masalah ini berkekalan. Gejala mengulang pembicaraan dan lupa akhir kata sendiri merupakan salah satu masalah yang mungkin dialami.
6. Kulit hitam
Ketika mengandung dan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari, wanita tersebut mungkin mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenali sebagai chloasma atau melasma dan sering disebut sebagai 'topeng kehamilan' dan disebabkan oleh hormon yang mengacau pengmentasi kulit. Hal ini memang tidak berbahaya tetapi mungkin akan mengubah penampilan diri.
7. Tangan kejang
Masalah lain yang terjadi sewaktu hamil adalah mengalami kejang tangan sewaktu bangun tidur. Hal ini terjadi disebabkan nadi yang tertekan sehingga terasa seperti ditusuk jarum dan kebas. Ada sesetengah kes kaki juga akan mengalami masalah kejang baik ketika tidut mahupun ketika bangun tidur. Walaupun perkara ini menyebabkan ketidakselesaan namun sama seperti masalah lain, lasalah ini akan hilang setelah melahirkan bayi.
8. Perut terasa panas
Perut terasa panas adalah derita umum bagi setiap wanita mengandung, terutama pada akhir-akhir bulan kehamilan. Hal ini sering terjadi kerana makan atau minum sebelum tidur.
9. Sembelit
Masalah sembelit sering dialami oleh wanita yang mengandung. Banyakkan makan makanan berserat dan minum air putih yang banyak. Jika tidak berhasil, mungkin dinasihatkan untuk mengambil ubat.
P/S: Banyak betul yea perkara yang terjadi ketika wanita mengandung. Patutlah Allah menjanjikan pahala yang banyak buat wanita yang mengandung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Yarkkkk....
BalasPadamKetahui masalah awal kehamilan dan cara mengatasinya dengan cara selamat.
BalasPadamhttp://www.freevitamin.my/2013/10/masalah-masalah-di-awal-kehamilan.html
cabaran ibu mengandung...setiap kali mengandung mesti ada masalah..tp tetap sabar..lepas sorang ke sorang tambah lagi...insyaAllah semoga menjadi ibu mithali...jom lawat blog saya..www.akukaksu.blogspot.com
BalasPadamilmu yang sangat menarik untuk seorang lelaki
BalasPadam