Tinggal sehari saja lagi, kita akan memasuki tahun baru 2013...tapi tarikh pilihanraya masih belum diumumkan lagi oleh DSNajib.
Spekulasi berkenaan dengan pilihanraya yang selama ini dikatakan akan dibuat pada bulan November atau Disember ternyata meleset sama sekali...tetapi ketika berjumpa dengan kawan-kawan yang bekerja dengan kerajaan baru-baru ini, mereka kata pilihanraya ke-13 akan diadakan pada akhir bulan Mac 2013 iaitu semasa cuti sekolah. Ini bermakna Parlimen akan dibubarkan pada penghujung bulan Februari 2013.
Ini hanyalah spekulasi sahaja tapi sumber ini boleh dipercayai kerana:
1. Ianya datang daripada orang kuat kerajaan.
2. Ketika itu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah diagih-agihkan kepada rakyat yang layak menerimanya.
3. Tempoh parlimen akan habis pada bulan April 2013, jadi sebelum habis tempoh secara automatik maka Datuk Seri Najib akan umumkan pembubaran parlimen sebab jika parlimen terbubar secara sendiri maka ianya akan menjadi modal kepada pembangkang untuk mengatakan DSNajib tiada keyakinan untuk menang.
Walau apapun tarikh sebenar tetap terpulang kepada DSNajib
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan