
Kepada yang ingin mempunyai anak seperti kawan aku ini atau yang hendakkan anak lelaki atau perempuan bolehlah mengamalkan petua yang aku akan kongsikan disini tapi janganlah terlalu mengharapkan kejayaan sebab kita hanya boleh merancang, yang menentukan adalah Allah SWT juga kerana Dialah menentukan segala-galanya apa yang terbaik buat kita sebagai hambaNya dan setiap pemberian Allah kita perlu terima dengan rasa syukur Alhamdulillah kerana ianya mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu. Menurut kajian hanya 70% sahaja yang berjaya ketika mengamalkan petua ini.
Sebenarnya benih yang terkandung di dalam air mani lelaki menjadi penentu kepada jantina bayi kerana benih-benih tersebut membawa koromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih yang dibawa oleh wanita hanya membawa kromosom X. Jika antara dua ini bercantum misalnya XX akan mendapat anak perempuan, manakala jika kromosom XY bercantum akan mendapat anak lelaki.
Benih bagi kromosom X danY mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Bagi benih Y ianya lebih cergas dan laju bergerak tetapi lebih cepat mati serta lebih tahan dalam keadaan beralkali. Manakala benih X pula lambat bergerak tetapi hidup lebih lama dan lebih tahan dalam keadaan berasid.
Untuk mendapatkan anak lelaki:
Disebabkan benih Y lebih tahan dalam keadaan beralkali maka:
1. Makanan dan minuman yang mengandungi asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga,
cuka, air bergas perlu dijauhkan selama dua(2) bulan sebelum merancang untuk mendapatkan
anak. Makanan laut adalah digalakkan makan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga
diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj
dengan satu alat khas. 20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam
sebelum mengadakan persetubuhan.
Kaedah diatas adalah untuk memastikan kromosom X mati kerana sifatnya yang tidak tahan dalam keadaan beralkali.
Untuk mendapatkan anak perempuan:
Kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya.
1. Elakkan memakan makanan laut. Makanan dan minuman yang mengandungi asid adalah
digalakkan.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama
lima(5) hari mulai dari hari 'ovulation'.
3. Melakukan 'douching' dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) dua jam sebelum
persetubuhan dilakukan.
Kita boleh mengesan jantina bayi dengan melakukan ujian ultrasound ketika umur kandungan antara 4-6 bulan.
P/S: Selamat mengamalkan petua ini disamping memohon kepada Allah SWT semoga diperkenankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan