Jumaat, 14 Disember 2012

Malaikat Maut menjenguk 70 kali sehari

Artikel kali ini aku nak kongsikan berkenaan Malaikat Maut yang sentiasa menjengkuk kita. Cuma kita sahaja yang tidak tahu.

Dalam tempoh 24 jam Malaikat Maut akan menjenguk manusia sebanyak 70 kali sehari. Andainya kita tahu dan sedar hakikat tersebut, nescaya kita tidak akan lalai dari mengingati mati.

Disebabkan Malaikat Maut makhluk ghaib, kita tidak dapat melihat kehadirannya. Justeru tidak hairan kita masih mampu bersenang lenang, riang ria dan bergelak ketawa, seolah-olah mereka tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidup.......


Sebuah hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia
di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
Maka berkata Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diutus oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya,
tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa."

Kata ulama, sakit tenat ditanggung seseorang, sebenarnya satu rahmat bagi mereka yang beriman dan sabar. Allah SWT memberi peluang dan menyedarkan manusia dengan kesakitan supaya mereka mengingati mati.

Untuk itu hasil daripada peringatan itu membolehkan seseorang itu menggunakan masa atau usia yang ada untuk membetulkan kesilapan dan bertaubat serta memperbaiki amalan bagi menambah bekalan untuk menghadapi alam terakhir setelah diuji di dunia.

Betapa malangnya kita jika Allah SWT mengambil roh kita dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran terlebih dahulu tanpa sempat bertaubat dan memperbaiki diri.

Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 34 yang bermaksud:
Tiap-tiap umat mempunyai ajal,
maka apabila telah datang ajalnya 
mereka tidak dapat mengundurkannya
barang sesaat pun dan tidak dapat (pula)
mencepatkannya.

Wallahu'alam.

1 ulasan:

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...