Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lanjutan kepada peristiwa para peniaga berniaga burger didepan rumah Ambiga yang juga Presiden BERSIH kerana menuntut kerugian disebabkan perhimpunan haram yang lalu. Maka disebabkan itu Ambiga telah membuat laporan polis kerana para peniaga ini telah mengganggu ketenteraman beliau serta penduduk yang lain.
Aku ingatkan Ambiga ini tidak lagi mempercayai kepada pasukan polis tapi apabila terasa bahawa diri dia terancam dengan tindakan para peniaga ini maka akhirnya kepada pasukan polis juga yang dia cari. Bagi aku ini adalah kesempatan yang terbaik bagi pihak polis membersihkan nama dan mendapat kembali kepercayaan orang awam terhadap pasukan polis dan sepatutnya mereka mengambil peluang ini dengan betul.
Apa yang aku baca diakhbar-akhbar arus perdana mengatakan yang pihak polis hanya menghantar pasukan peronda untuk memantau kawasan tersebut bersama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memantau para peniaga dari berniaga dikawasan tersebut.
Sepatutnya pihak polis bukan sahaja melakukan rondaan secara berkala tersebut tetapi juga perlu meletakkan anggota mereka secara statik dikawasan ini bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan penduduk dikawasan tersebut. Bagi pendapat aku jika pasukan polis meletakkan anggota secara statik ianya akan meningkatkan lagi imej pasukan polis kerana ini akan membuktikan bahawa pasukan polis adalah neutral iaitu tidak memihak kepada sesiapa dan juga sebuah pasukan yang akan menjaga keselamatan sesiapa juga tidak kira apa statusnya...
Malangnya Ketua Polis Negara dan juga Menteri Dalam Negeri tidak bertindak dengan betul untuk menaikkan imej pasukan polis dimata masyarakat kerana ini adalah peluangnya untuk membuktikan yang pasukan polis akan bertindak kepada sesiapa sahaja yang menjadi pengacau ketenteraman negara tidak kira lah pengacau itu propembangkang mahupun dari prokerajaan...
Renung-renungkan lah.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan