Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pihak kerajaan akhirnya
menubuhkan panel bebas bagi menyiasat kejadian kekasaran oleh polis ketika
perhimpunan BERSIH 3.0 pada 24 April yang lalu. Panel bebas ini diketuai oleh
Tun Haniff Omar yang juga bekas Ketua Polis Negara.
Antara ahli-ahli lain yang
menganggotai panel ini adalah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim;
Ketua Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat
Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan
Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Ruzmi Ismail.
Jika anda seorang yang tidak
memihak kepada mana-mana parti politik, adakah anda fikir orang-orang ini sesuai
bagi menganggotai siasatan panel bebas ini? Jika kita lihat memang mereka ini
adalah seorang yang penuh dengan kewibawaan yang tersendiri tapi adakah mereka
ini akan menyiasat secara adil dan memenuhi tujuan asal panel ini ditubuhkan.
Adakah mereka ini akan membuat keputusan kepada penilaian yang adil tanpa
memihak dan tanpa memikirkan tentang kedudukan mereka seandainya hasil siasatan
mereka tidak memihak kepada pihak polis? Itulah yang sebenarnya menjadi
persoalan kepada masyarakat tentang pelantikan mereka yang menganggotai panel
ini.
Apa yang pasti perlantikan Tun
Haniff Omar bagi mengetuai panel bebas ini lah menjadi satu tanda tanya kepada
masyarakat kerana statusnya sebagai seorang bekas anggota polis dengan pangkat Ketua Polis Negara. Adakah beliau
akan mengadili dan menyiasat secara adil bekas pasukannya? Inilah yang menjadi
persoalannya. Jika pihak kerajaan benar-benar tulus dan ikhlas tentang
penubuhan panel penyiasat ini perlu melantik tokoh yang lain daripada Tun
Haniff ini bagi menjamin keputusan yang akan diambil adalah benar-benar adil
dan diterima oleh seluruh masyarakat.
Kita dulu pernah dikejutkan dengan insiden 'mata lebam' Anwar dan dulu juga pihak kerajaan melantik ahli panel dikalangan polis untuk menyiasat siapa pelakunya tetapi tiada keputusan tetapi apabila pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja barulah diketahui siapa yang menyebabkan 'mata lebam' Anwar. Oleh itu bagi aku cukup-cukuplah untuk bersandiwara...
Renung-renungkan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan