Sabtu, 29 Jun 2013

Rawatan menjilat tubuh untuk membuang susuk

Macam-macam kaedah yang digunakan oleh dukun atau bomoh untuk mengubati penyakit. Jika kaedah yang digunakan untuk mengubati penyakit dengan cara membaca al-Quran atau menggunakan al-Quran boleh lah juga kita terima tapi kalau dengan kaedah yang mengarut ini kenalah fikir banyak kali. Lebih-lebih lagi yang sakit itu perempuan dan yang mengubat itu lelaki.

Okey lah, membebel banyak pun tak guna juga, bacalah kisah ni:

dari, sudut, pandang, jilat, badan, dukun, susuk, buang
Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) terpaksa membiarkan tubuh gebunya dijilat secara rakus oleh seorang dukun bagi membuang enam susuk yang ditanam di beberapa bahagian tubuhnya.

Pelajar tersebut yang berusia 23 tahun berkata, dukun yang berusia lewat 50-an itu memberitahunya semua susuk di tubuhnya itu cuma boleh dibuang secara rawatan mulut.

Disebabkan tidak faham maksud 'rawatan mulut', dia membenarkan dukun itu melakukannya asalkan penderitaannya selama setahun itu berakhir.

Setelah diarah untuk berbaring, dukun tersebut memulakan 'rawatan mulutnya' dengan mencium dan menjilat perut gadis comel itu serta beberapa bahagian lain seperti dahi, leher, payu dara dan kemaluan.

Walaupun pada awalnya dia membantah dan menangis, namun disebabkan kepandaian dukun tersebut memujuknya dengan alasan hanya cara itu sahaja susuk dalam tubuhnya boleh dikeluarkan maka dia membiarkan sahaja dukun tersebut meneruskannya.

Selepas mendapatkan rawatan daripada dukun tersebut, pelajar itu diserang pula kepanasan melampau setiap kali mendengar azan dan orang membaca al-Quran.

Dia mengatakan, setiap kali azan berkumandang sama ada dari masjid, surau atau melalui corong radio atau TV, tubuhnya macam kena panggang bara api.

Menceritakan permulaan dia pakai susuk, pelajar tersebut mengatakan yang dia hanya ingin hidup mewah dengan bekerja sebagai teman sosial di kelab-kelab malam dan di pusat karaoke.

Selepas beberapa lama memakai susuk, pelajar tersebut merasakan badannya sakit-sakit dan sukar tidur. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuang susuk dengan dukun tersebut.

Selepas berubat dengan dukun durjana itulah tubuh dia diserang pula kepanasan melampau sehingga dia meracau-racau tidak dapat tidur.

Akhirnya dia mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz dan ustaz tersebut mengatakan yang dukun tersebut telah 'menanam' kuasa jin dalam tubuhnya.- warta perdana

Darisudutpandang: Jika nak berubat dengan dukun tu pastikanlah dukun yang betul bukan dukun yang hanya pandai mengambil kesempatan.




Jumaat, 28 Jun 2013

Penapis rokok dari darah babi

Nak tahu apa itu penapis rokok? Kepada yang tak tahu, penapis rokok atau filter adalah yang berwarna kuning atau putih yang diletakkan dibibir ketika menghisap rokok.

dari sudut pandang, rokok, penapis rokok, babi, hemoglobin, haramKepada yang menghisap rokok tu, berhati-hatilah yea, kemungkinan penapis rokok yang kita hisap itu diperbuat daripada darah babi. Itu dah kira najis berat tu bagi orang islam. Patutlah ada fatwa yang mengatakan rokok itu haram bagi umat islam. Tapi aku pelik juga sebab kalau orang islam minum arak di tempat awam ada juga yang aku dengar kena tangkap tapi tak pernah lagi aku dengar orang islam hisap rokok kena tangkap.!!!

Okeylah baca petikan ini yea:

Ketua Suruhanjaya Pengendalian TembakauNasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Dr. Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.- Metro

Darisudutpandang: Kepada perokok yang beragama islam berhati-hatilah mungkin rokok yang anda hisap mengandungi hemoglobin babi. Kita umat islam sudah sepatutnya menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. Moga artikel ini menjadi saat mula untuk anda semua perokok untuk cuba berhenti merokok.

Pengarah mencabul pelakon ditahan

dari sudut pandang, pelakon dicabul, baru, pengarahSeorang pelakon yang melaporkan dirinya dicabul oleh seorang pengarah ketika di dalam kereta merasa amat lega setelah pengarah yang mencabulnya telahpun ditahan polis.

Pelakon baru yang berusia 22 tahun tersebut yang pernah membintangi  8 drama dalam tempoh 5 bulan antaranya Cinta Jangan Pergi dan Cinta Puteri Salju telah melaporkan kepada polis apabila pengarah yang berusia 60-an itu mencabulnya pada 10 Januari lalu.

Akibat laporan polis yang dibuatnya, beliau kemungkinan tidak lagi akan dipanggil untuk berlakon walaupun dia masih berminat jika ditawarkan. Untuk menjamin pendapatannya, beliau kini berkerja di bidang perhotelan.

Beliau menyatakan akibat kes beliau dicabul, masyarakat kini memandang serong terhadapnya.

"Ada yang memandang serong dan ada juga bersimpati. Kejadian ini adalah pertama kali berlaku dalam hidup saya dan saya serahkan pada polis untuk melakukan siasatan lanjut."

Darisudutpandang: Kadang-kadang akibat reaksi sekeliling membuatkan orang yang menjadi mangsa lebih-lebih lagi melibatkan kes-kes seperti dicabul, dirogol, gangguan seks dan sebagainya menjadi trauma untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis kerana ianya akan melibatkan maruah diri mereka sendiri.

Zahid Hamidi akan dibicarakan

Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 26 Ogos depan.

dari sudut pandang, Zahid, dibicarakan, kes mahkamah, tumbuk, saman, maluPermohonan beliau untuk merayu bagi kes saman malu kerana menumbuk bahagian muka seorang lelaki yang juga seorang ahli perniagaan telah ditolak dengan sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

Saman malu itu dikemukakan oleh Amir Bazli Abdullah, 41 yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri berkenaan yang telah berkahwin. Kes tersebut berlaku hampir  7 tahun yang lalu.

Darisudutpandang: Ini membuktikan mahkamah tidak mengira kedudukan dan pangkat dalam membuat keputusan. Walaupun kes ini akan hanya didengar pada 26 Ogos depan, diharapkan ianya menjadi satu permulaan bagi memberi keparcayaan kepada integriti mahkamah kita yang kini dipertikaikan oleh sesetengah pihak.


Rabu, 26 Jun 2013

Pilihan Raya Kecil pertama selepas PRU-13 di Kuala Besut

DUN Kuala Besut dijangka akan menghadapi pilihanraya kecil yang baru berikutan kematian penyandang kerusinya dan sekaligus menjadi pilihanraya  kecil yang pertama selepas PRU-13.

Penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr. Abdul Rahman Mokhtar, 55 tahun telah meninggal dunia pada pagi ini akibat sakit paru-paru.


Beliau telah dimasukkan ke ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah sejak minggu lalu.

Beliau pada PRU-13 yang lalu telah mengalahkan calon PAS Napisah Omar dengan majoriti 2,434 undi.

Dr. Abdul Rahman juga adalah exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

BN Terengganu dijangka sedaya upaya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil ini bagi mengekalkan kelebihan 2 kerusi yang dimenangi pada PRU-13 yang lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong dilaporkan akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan selanjutnya.

SPR dijangka akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.





Isnin, 24 Jun 2013

Jikalau aku kaya

Dalam masyarakat kita, karektor Mat Jenin adalah salah satu simbol orang yang suka berangan untuk menjadi kaya tanpa berusaha. Diceritakan kisah Mat Jenin ini adalah ketika dia memanjat pokok kelapa, dia berangan untuk menjadi kaya dan akhirnya dia jatuh dari pokok kelapa itu.

dari sudut pandang, duit banyak, kayaSalah ke jadi seperti Mat Jenin?? Sebenarnya tak salah kalau kita berangan-angan untuk menjadi kaya tapi selain berangan-angan kita juga seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk menjadikan angan-angan tersebut satu kenyataan.

Dalam pemerhatian aku, sebenarnya untuk jadi kaya ni amatlah susah, lainlah kalau korang dah lahir dari keluarga yang kaya. Untuk menjadi kaya, kita perlu berusaha dan bekerja dengan kuat bagi mengumpul kekayaan.

Selain itu, untuk menjadi kaya juga kita seharusnya pandai berjimat dan pandai melabur wang yang kita ada. Sebab itu kalau kita tengok ramai orang kaya di Malaysia ni yang kedekut kecualilah Tan Sri Mokhtar (aku tak tahulah kalau ada orang kaya lain selain daripada Tan Sri ni yang pemurah..aku harap ada)

Sebut pasal melabur pula, aku teringat dengan seorang kawan yang melabur dengan membeli Dinar Iraq. Berjuta-juta duit Dinar Iraq yang dia beli dengan harapan bila diapungkan di pasaran dia akan jadi orang kaya baru. Kalau tak silap aku dah nak masuk 3 tahun dah dia simpan duit Dinar Iraq tu tapi sampai sekarang belum diapungkan lagi...Entahlah kena tunggu berapa lama lagi agaknya??

Cerita pasal nak menjadi kaya ni, aku percaya berbagai cara dan kaedah digunakan, ada yang cara halal dan cara haram. Orang yang nak menjadi kaya menggunakan cara yang tidak diredhai oleh Allah biasanya hidup dia tak tenang sebab rezeki yang dia dapat tiadanya keberkatan. Ada yang sanggup membeli nombor 4D, merompak bank dan sebagainya sebab nak jadi kaya cepat.

Agak-agaknya apa yang korang akan buat kalau korang jadi kaya?? Kalau ikut lagu yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ni diorang nak bayar bil semua orang dan baiki jalan berlubang, tapi percayalah jika korang kaya dengan hasil titik peluh korang dan hasil daripada jimat cermat korang, korang pasti akan lebih menghargai duit korang daripada dibelanjakan dengan tidak tentu hala (dengan kata lain korang jadi kedekut), tapi jika korang dapat duit secara mengejut misalnya tiba-tiba korang dapat kontrak dari kerajaan atau tiba-tiba korang dapat jual tanah harga beratus juta dan komisyennya 2 peratus pasti korang akan jadi lebih pemurah.

Walau apapun perancangan kita, perancangan Allahlah yang terbaik. Jika ditakdirkan sudah menjadi rezeki kita untuk menjadi kaya, pasti tiada siapapun yang mampu menghalangnya.

Jom layan lagu ini:



Ahad, 23 Jun 2013

Pengorbanan seorang bekas isteri

Walaupun kini hanya sebagai bekas isteri namun kasih dan sayangnya tetap pada bekas suaminya sehingga sanggup berkorban apa saja. Sama seperti lirik lagu nyanyian arwah Tan Sri P. Ramlee:

"berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia"

Kali ini aku nak kongsikan suatu kisah tentang pengorbanan bekas isterinya yang sanggup menyerahkan badannya untuk ditiduri oleh para penculik asalkan penculik tersebut melepaskan bekas suaminya. 

Kisah selanjutnya macam ini:

dari sudut pandang, rogol, isteri dirogol, diperkosa, ditiduriBekas suami wanita tersebut yang berumur lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu 5 lelaki berkaitan dengan penjualan permit warga asing.

Natijahnya, bekas isteri itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta untuk menyerahkan wang tebusan sebanyak Rm10 ribu bagi membebaskannya.

Wanita yang berusia 41 tersebut telah didatangi 5 lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil. Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu  kerana telah menipu mereka.

Sumber berkata, bekas suami wanita itu kemudiannya dibawa semula bersama kumpulan penculik tersebut dengan menaiki Proton Waja berwarna biru.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12:30 tengahari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10 ribu sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan.

"Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk 'mencukupkan' jumlah RM10 ribu yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya.

"Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu," katanya.

Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak sehingga mati.

Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan.

"Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui 5 lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan.

"Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana yang dijanjikan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit.

Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa melaporkan perkara tersebut kepada polis. Di fahamkan suami mangsa sudah dibebaskan oleh kumpulan penjenayah terbabit.- Metro

Darisudutpandang:  Walaupun tiada jodoh antara mereka namun mungkin kasih dan sayang wanita tersebut kepada bekas suaminya masih menebal membuatkan dia sanggup menyerahkan badannya bagi membebaskan bekas suaminya. 

Adakah korang fikir berbaloi pengorbanan wanita tersebut kepada bekas suaminya?? 

Aku rasa tak ramai wanita yang sanggup berkorban seperti ini. Mungkin dia akan kata " korang bunuhlah bekas suami aku tu, biar dia mampus. Dia sudah tiada kaitan dengan aku"!!






10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...