Sabtu, 7 Jun 2014

Wahai anak sanggup kau buat ayah macam ni

Ini adalah cerita benar yang aku lihat sendiri di depan mata aku. Sungguh sanggup kau buat ayahmu begitu.

Firman Allah dalam surah al Isra ayat 23-24:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنْ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .الإسراء23- 24  


Maksudnya:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (ayat 23)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (ayat 24)

Kisahnya begini. .....


Pagi tadi ketika aku keluar bersama dengan isteri makan di sebuah kedai mamak, aku terlihat di depan aku duduk seorang pakcik di hujung meja bersama dengan satu keluarga bersama dengan 4 anaknya.

Apa yang menjadi perhatian aku ialah aku ingatkan pakcik tersebut bukan daripada keluarga tersebut tetapi orang lain yang duduk makan sekali dengan keluarga tersebut.

Tapi bila diamati betul-betul, ada iras antara pakcik tersebut dengan seorang lelaki dewasa dalam keluarga itu. Jadi pada tanggapan aku pakcik tersebut adalah ayah kepada lelaki tersebut.

Eh...busy body betul aku ni kan.....tak kisah lah siapa pakcik tu kenapa ambil peduli?

Bukan apa...ada sesuatu yang menyentuh hati aku bila melihat layanan mereka terhadap pakcik tersebut. Hingga tanpa aku sedar ada air yang tergenang di kelopak mata.

Aku lihat pakcik tersebut makan dengan amat perlahan di hujung meja tanpa dipedulikan oleh anak, menantu dan cucu-cucunya.

Tak dipedulikan satu hal....tapi yang aku terkejutnya ialah pakcik tersebut belum lagi habis makan, lelaki tersebut yang juga anaknya terus bangun menuju ke kaunter dan terus membayar harga makanan. Aku ingatkan anaknya akan kembali ke meja makan menunggu ayahnya habis makan tapi tidak...rupanya-rupanya dia, isteri dan anak-anaknya terus menuju ke kereta...lupa ke yang ayahnya masih belum habis makan tu. ....

Kesian sungguh aku lihat bila pakcik tersebut sedaya upaya untuk menghabiskan roti canai dengan cepat dan dengan gelojoh menghabiskan teh tarik yang masih penuh di dalam gelas dan aku percaya ianya masih panas. Dengan tergopoh gapah, aku lihat pakcik tersebut cuba menyaingi keluarga anaknya dari belakang.

Kalau dilihat dari kereta yang anaknya pakai tu macam berpangkat besar dan berpelajaran tapi mengapa sanggup melayan ayah sendiri macam tu. ..

Sedihnya bila lihat macam tu..untuk berbaik sangka mungkin anaknya nak cepat barangkali. .sebab tu macam terkejar-kejar aje...tapi kalau nak cepat pun. ..takkan tak boleh tunggu sehingga ayahnya habis makan terlebih dahulu.

Aku tidaklah hairan kini, sebab semakin ramai anak-anak tidak lagi mempedulikan ayah dan ibu mereka. Ada daripadanya menghantar ayah dan ibu di rumah orang-orang tua kerana mereka tidak sanggup lagi untuk menjaga ayah dan ibu mereka.

Masihkah kita ingat suatu masa dahulu ketika kita kecil. ..orang itulah yang banyak berkorban untuk menjadikan kita manusia yang terpelajar, membanting tulang untuk mendapatkan sesuap nasi. Walau kini orang itu sudah tua dan tak berdaya namun jasa-jasanya tidak terbayar oleh kita.

Oleh itu, bermuhasabah lah. ..tidak ke mana kita jika kita menderhaka kepada mereka. Buat mereka yang masih mempunyai ayah dan ibu, berbaktilah ketika mereka masih ada...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...