Rabu, 2 April 2014

Suami jadikan isteri pelacur

Suami bertanggungjawab sebagai pelindung kepada isterinya. Suami juga bertanggungjawab ke atas memelihara kehormatan isteri tapi berbeza pula dengan suami ini yang sanggup jadikan isterinya sebagai pelacur untuk mendapatkan duit.

Bacalah seterusnya nasib malang wanita ini yang dijadikan pelacur oleh suaminya sendiri:

dari sudut pandang, seks, suami jadikan isteri pelacur
Mangsa yang berusia 25 tahun dipercayai dilacurkan oleh suaminya yang berusia 30 tahun sejak awal 2013 lagi bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi ke tempat lain untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

Suaminya berjaya menyewa sebuah rumah di Benta, Pahang sebelum membawa isterinya tinggal bersamanya. Ketika mangsa sampai ke rumah sewa tersebut telah terdapat 5 lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.

Dipercayai suaminya telah mendapatkan bayaran sebanyak RM100 hingga RM120 setiap orang daripada lelaki tersebut. Mangsa terpaksa melayan nafsu 5 lelaki terbabit selama 5 hari.

Ketika mangsa disajikan kepada 5 lelaki terbabit suaminya hanya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta untuk dilepaskan.

Bagaimanapun selepas 5 hari mangsa diperlakukan sedemikian akhirnya mangsa nekad untuk melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

Mangsa dikatakan merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya. Lelaki tersebut bersetuju tetapi dengan syarat wanita tersebut perlu melayani nafsunya terlebih dahulu.

Mangsa akhirnya bersetuju dengan syarat lelaki tersebut sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa.

Selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar. Selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudiannya menghubungi Balai Polis untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu,

Susulan laporan dibuat oleh mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah menahan 4 lelaki termasuk suaminya di sebuah rumah manakala seorang daripada suspek di Benta. 

Darisudutpandang (DSP): Alangkah sengsara dan traumanya isteri ini bila mendapat suami yang sebegitu. Kes ini boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada setiap wanita supaya lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami, begitu juga kepada ayah dan ibu perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suami anak.

Kadang-kadang disebabkan cinta wanita menjadi 'buta' kerana tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk untuk dirinya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...