Dah banyak sangat kes-kes yang seperti ini dilaporkan baik didalam akhbar, di Facebook (FB), diblog-blog dan sebagainya. Namun masih ada lagi perempuan yang masih terjerat dengan rakan FB ini. Bukan nak kata semua rakan FB yang seperti ini namun sebagai wanita atau perempuan atau anak-anak gadis perlu berhati-hati dengan rakan yang hanya dikenali di Facebook.
Cerita apa lagi ni? Ceritanya macam ni.....
Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa 4 hari untuk mencari jalan untuk meloloskan diri daripada tawanan seorang lelaki yang berusia lewat 40an yang juga kenalannya di Facebook.
Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar kerana telefon bimbitnya dirampas oleh lelaki itu, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah tersebut.
Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.
Sepanjang dikurung selama 4 hari itu, mangsa telah dirogol beberapa kali dan gambar bogelnya juga turut dirakam.
Difahamkan lelaki itu yang hanya bekerja sebagaipemandu di sebuah syarikat swasta juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya 3 wanita muda melalui Facebook sejak 6 bulan lalu.
Menceritakan kejadian tersebut, mangsa dilaporkan telah mengenali mangsa sejak Oktober lalu.
"Suspek telah menggunakan kepakarannya iaitu kata-kata yang manis dan pelbagai janji menyebabkan mangsa terpikat untuk berkenalan sebelum bertemunya.
"Selepas beberapa kali berjumpa, mangsa dijerat suspek untuk dibawa kerumahnya sebelum dikurung dan dirogol," katanya.
Darisudutpandang: Modus operandi: memikat wanita di dalam FB dan apabila berjaya, wanita tersebut diajak keluar dan dibawa kerumah untuk dirogol...nampak senang jer modus operandi dia ni. Senang sebab wanita bila di ayak dengan kata-kata yang manis...cair lah dia. Pahtu boleh lah buat apa saja...atas nama Cinta.
Apa kata anda??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan