Akibat dendam dengan suami, seorang isteri telah menjadi mangsa rogol. Apa cerita ni pulak.....?
Bacalah kisah selanjutnya manusia yang hilang pertimbangan:
Seorang isteri menempuh detik hitam apabila sekumpulan lelaki yang seramai 4 orang telah menculik di depan suaminya sebelum dia dirogol oleh lelaki yang berdendam dengan suaminya.
Kejadian ini berlaku ketika mangsa yang berumur 28 tahun, sedang makan malam di sebuah restoran di Setapak bersama-sama dengan suami dan keluarga mentuanya.
Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera, 4 lelaki yang berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya dan nekad melarikan mangsa walaupun ada cubaan menyelamatkan mangsa oleh suami dan keluarganya namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.
Menurut sumber, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.
Sumber itu berkata, ketika di dalam kereta mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.
"4 penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai dalang penculikan ini."
"Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudiannya merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata, dia menculik mangsa dan merogolnya kerana berdendam dengan suaminya."
Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh 4 suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil. Apabila dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.
Darisudutpandang: Adakah ini cara yang terbaik untuk melepaskan dendam? Sepatutnya lelaki ini perlu berfikir secara waras tentang tindakan yang akan diambilnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan