Aku tertanya-tanya juga kenapa sekarang ini begitu ramai rakyat Malaysia tak suka kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO. Jika dulu, orang tak suka juga tapi tak macam sekarang ini di mana-mana kita boleh dengar dan lihat betapa begitu ramai rakyat yang tidak suka kepada BN.
Walaupun Barisan Nasional masih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, namun kita dapat melihat populariti undi kepada BN telah mula menurun itupun bernasib baik kerana ramai pengundi melayu yang kembali kepada parti Umno tidak seperti PRU-12 yang dulu.
Aku merumuskan terdapat 10 sebab mengapa rakyat Malaysia telah menolak kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN):
Ada antara sebab tersebut adalah persepsi rakyat terhadap pimpinan BN namun ianya dapat menimbulkan rasa kepercayaan dan kesangsian terhadap kerajaan.
10 sebab itu ialah:
1. Rasa marah dan benci kepada pemimpin BN kerana hidup dalam kemewahan sedangkan masih ada rakyat yang hidup dalam kemiskinan.
2. Menyalahgunakan kuasa dan merampas kekayaan negara untuk 'mengkayakan' diri, keluarga, saudara mara dan kroni-kroni.
3. Salah tadbir urus negara kerana terlalu lama memerintah Malaysia.
4. Membuat keputusan yang dangkal tanpa mengira pandangan dan kesusahan rakyat misalnya tentang kenaikan harga minyak.
5. Masalah rasuah yang tidak boleh diatasi bahkan semakin menjadi barah.
6. Hilangnya rasa percaya kepada sistem pentadbiran dan penyampaian kerajaan.
7. Dikriminasi dan penindasan terhadap para kakitangan kerajaan yang tidak sebulu, dengan menukarkan mereka bertugas di tempat lain. (Ini lari dari prinsip demokrasi)
8. Hak-hak kesamarataan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang dinafikan oleh kerajaan BN.
9. Menolak hukum islam (hudud) di laksanakan atas alasan yang dangkal.
10. Menyalahgunakan agensi-agensi kerajaan seperti SPR, Polis, mahkamah dan sebagainya bagi kepentingan peribadi para pemimpin Barisan Nasional khususnya Umno.
Darisudutpandang: sudah 56 tahun BN memerintah Malaysia ini dan tidak sedikit jasa yang telah diberikan untuk memakmurkan Malaysia yang tercinta ini. Namun apa yang aku nampak jasa yang diberikan itu semakin tidak dihargai oleh rakyat kerana rakyat beranggapan itu adalah tanggungjawab setiap pemerintah.
Jika pembangkang (Pakatan Rakyat, (PR)) dapat memerintah Malaysia, mereka juga melakukan perkara yang sama dengan BN atau lebih baik sepertimana yang mereka tunjukkan dalam mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan (Kedah juga).
Sebab-sebab diataslah menjadi punca mengapa BN semakin tidak relevan dengan rakyat Malaysia dan dijangkakan jika BN khususnya Umno tidak melakukan sesuatu pada PRU-14 nanti mungkin Pakatan Rakyat dapat mengambilalih untuk memerintah Malaysia.
Umno, parti yang menjadi teras dalam Barisan Nasional akan melakukan Pemilihan Agungnya pada bulan November ini dan inilah masanya para ahli Umno untuk melakukan perubahan secara drastik terhadap pucuk pimpinan yang dilihat gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Perubahan ini perlu dilakukan bukan sahaja untuk menghadapi PRU-14 tetapi yang lebih penting adalah dapat merebut kembali kepercayaan rakyat terhadap parti terbesar orang melayu ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan