Sabtu, 18 Mei 2013

Setan punya jiran

Junjungan kita Rasulullah s.a.w melalui hadisnya banyak menyuruh umatnya untuk menghormati jiran tetangga. Antara hadisnya ialah:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

لَيْسَ المُؤْمِنُ الَّذِيْ يَشْبَعُ وَ جَارُهُ جَائِعٌ إلى جَنْبِهِ

Bukanlah seorang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan di sampingnya. (HR Bukhari dalam Al Adab Al Mufrad no: 112)

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَ اليَوْمِ الآخِر فَلاَ يُؤْذِيْ جَارَهٌ

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. (HR Bukhari no: 5559)

Apa yang aku nak ceritakan disini adalah perihal perangai setan seorang jiran kepada seorang wanita. Kejadian ini berlaku di kawasan perumahan di Jalan Jelatek. Ceritanya adalah seperti ini:

dari, sudut, pandang, rogol, jiranDalam kejadian yang berlaku kira-kira dalam pukul 1 petang, seorang isteri yang juga seorang suri rumah menghadapi detik hitam apabila dirogol oleh jirannya ketika suaminya keluar bekerja.

Sebelum kejadian, mangsa menerima panggilan daripada jirannya yang berpura-pura menawarkan peluang kerja sambilan dan apabila ditanya berkenaan kerja tersebut, lelaki itu menyatakan kerjanya adalah mudah iaitu menemaninya sebelum meminta mangsa datang ke rumahnya.

Mangsa yang marah dengan jawapan lelaki tersebut terus meletakkan telefon dan meneruskan membuat kerja rumah. Namun, lelaki tersebut dikatakan menggunakan kesempatan mangsa berseorangan di rumah untuk menyelinap masuk.

Mangsa yang terkejut dengan kehadiran lelaki terbabit di rumahnya menolak lelaki itu keluar malangnya tidak berdaya dan akhirnya dirogol.

Selepas selesai merogolnya, lelaki tersebut mengugut merogolnya lagi sekiranya memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya.

Mangsa cuba mendiamkan diri pada hari kejadian bagaimanapun akibat takut, dia memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum pasangan tersebut tampil membuat laporan polis.

Darisudutpandang: Buat wanita atau isteri yang tinggal dirumah berseorangan, pastikan setiap pintu dikunci sebab kita tak tahu bila kejadian buruk akan berlaku  (Sebab tu lah orang kata malang tu tak berbau).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...