Aku nak memetik berkenaan dengan kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Pusat Kajian Pew berhubung dengan pelaksanaan hukum Syariah.
Kajian ini dijalankan di Indonesia.
Satu kajian menunjukkan 72 peratus penduduk islam Indonesia menyokong pelaksanaan undang-undang syariah di negara itu jika diberi pilihan.
Kajian itu yang memberi tumpuan pada 39 negeri dan membabitkan 38,000 responden mendapati sebahagian besar Muslim, penganut agama kedua terbesar dunia mahukan agama itu bukan setakat membentuk kehidupan peribadi mereka tetapi juga interaksi sosial dan politk mereka.
Menurut Buku Fakta Dunia CIA, Indonesia didiami oleh 216 juta penganut islam atau 86.1 peratus daripada populasi penduduk negara itu, menjadikannya negara paling ramai penduduk islam di dunia.
Separuh daripada mereka yang menyokong pelaksanaan hukuman itu berkata, ia perlu dikuatkuasakan kepada penduduk islam dan juga bukan islam dan hanya 18 peratus percaya bahawa mereka yang murtad perlu dihukum mati.
Dalam pada itu, 81 peratus menyatakan, seorang wanita perlu diberi kebebasan untuk menutup aurat, khususnya rambut.
Itu kajian yang dilakukan di Indonesia, tetapi di Malaysia setahu aku tidak ada kajian yang dilakukan berhubung dengan hukum syariah ini. Alangkah elok jika kajian ini dilakukan di Malaysia
supaya pihak pemerintah tahu apa yang diingini oleh rakyatnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan