Khamis, 9 Mei 2013

Gigit buah dada tak dapat rogol

Macam-macam lah kalau dah tak boleh mengawal nafsu ini. Sampai nenek yang berusia 69 tahun pun nak dirogolnya.

Itulah yang berlaku kepada seorang nenek yang hampir menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki dalam kejadian di Pantai Batu Feringghi.

Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut:
dari, sudut, pandang, nenek, buah dada, payudara, rogol
sekadar gambar hiasan
Dalam kejadian kira-kira jam 6:30petang, warga emas itu yang sedang bersiar-siar seorang diri di tepi pantai telah didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang lalu manarik tangan mangsa secara tiba-tiba menyebabkan mangsa terkejut.

Pada ketika kejadian itu berlaku, dipercayai tiada sesiapa yang berada di situ.

Suspek yang memegang mangsa, kemudiannya melondehkan seluarnya dan cuba merogol warga emas itu, namun tidak berjaya apabila mangsa melawan.

Mangsa kemudiannya meronta-ronta sambil menjerit meminta bantuan dan dalam keadaan kelam kabut itu suspek yang gagal merogol mangsa menggigit buah dadanya menyebabkan mangsa sekali lagi menjerit serta melawan sekuat hati sebelum berjaya melarikan diri.

Mangsa kemudiannya melarikan diri ke sebuah kereta yang diletakkan di tepi pantai sambil menjerit meminta tolong. Melihatkan itu, suspek yang berusia 20-an itu melarikan diri dan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Feringghi selepas kejadian.

Darisudutpandang: Nampaknya macam dah tak aman lagi kepada sesiapapun....walaupun ini adalah kes yang terpinggir dan terpencil namun kita harus berjaga-jaga. Kita seharusnya jangan memberi peluang kepada sesiapapun untuk mengambil kesempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...