Isnin, 13 Mei 2013

Adik mengandungkan anak abang

Banyak cerita tentang haruan makan anak, ini pulak cerita harapkan pagar, pagar makan padi....fuh...penuh simbolik ayat aku ni.

Dari, sudut, pandang, mengandung, pelukan, adik, rogol, abang
Betul kata kawan aku, sekarang ni kita jangan percaya sangat anak-anak kita. Kalau boleh jangan biarkan anak lelaki dan perempuan tinggal bersama ketika kita tiada di rumah. Macam-macam hal boleh berlaku. Contohnya cerita ini:

Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang berumur 14 tahun telah didapati mengandung hampir 4 bulan akibat dirogol.

Kejadian ini terbongkar apabila si ibu telah menghantar anaknya ke hospital apabila anaknya mengadu kepadanya yang beliau telah lama tidak datang haid.

Lebih mengejutkan lagi si ibu ini ialah apabila didapati orang yang merogol anak perempuannya adalah anak lelakinya yang berusia 17 tahun. Kejadian ini berlaku apabila tiada sesiapa berada di rumah.

Si ibu mengatakan anak perempuannya tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepadanya.

Kes ini kemudiannya dirujuk kepada pihak polis.

Darisudutpandang: Semakin maju negara semakin bercelaru rakyatnya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...